Showing posts with label projek solar. Show all posts
Showing posts with label projek solar. Show all posts

Sunday, September 4, 2022

Siasat Rizal jika lakukan kesalahan lain, Kadir beritahu pihak berkuasa

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-September 4, 2022 9:39 AM
Rizal Mansor dilepas dan dibebaskan daripada empat tuduhan meminta serta menerima suapan bagi pihak Rosmah Mansor pada 8 Jan 2020. selepas pendakwaan menarik balik semua tuduhan terhadapnya dan dia kemudian menjadi saksi pendakwaan.

PETALING JAYA:
Wartawan veteran, A Kadir Jasin menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas pembantu Rosmah Mansor, Rizal Mansor jika pernah melakukan kesalahan lain, selepas dia dilepas dan dibebaskan daripada empat tuduhan berhubung projek solar sekolah luar bandar Sarawak.

Katanya, tidak adil untuk individu yang bersubahat atau terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, terlepas daripada hukuman selepas bertukar daripada tertuduh menjadi saksi pendakwaan.

“Boleh jadi pihak peguam negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat semula watak-watak seperti Rizal ini dengan kesalahan-kesalahan lain, dengan tujuan mendakwa mereka di mahkamah atau merampas aset yang diperoleh melalui wang atau kegiatan haram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rizal pada mulanya didakwa atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM5.5 juta untuk dirinya dan Rosmah, berhubung projek solar sekolah luar bandar di Sarawak.

Bagaimanapun, pada 8 Jan 2020, mahkamah melepas dan membebaskan Rizal, selepas pendakwaan menarik balik semua pertuduhan terhadapnya dan dia kemudian menjadi saksi pendakwaan.

Rosmah, 70, didakwa meminta RM187.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin, melalui Rizal, sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan projek berkenaan.

Isteri bekas perdana menteri, Najib Razak itu turut didakwa menerima rasuah berjumlah RM5 juta daripada Saidi, melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Dis 2016, selain dikatakan menerima RM1.5 juta lagi daripada Saidi di Jalan Langgak Duta pada 7 Sept 2017.

Pada 1 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Rosmah bersalah atas tiga tuduhan rasuah berkaitan projek yang bernilai RM1.25 bilion itu.

Kadir memetik ungkapan bahasa Inggeris “honour among thieves” yang bermaksud pencuri pun saling hormat-menghormati dan tidak melakukan jenayah ke atas satu sama lain.

“Bila kena tangkap dan untuk selamatkan diri, mereka cerita habis. Macam bekas pegawai khas Rosmah, Rizal, berpaling tadah jadi saksi pendakwaan kes rasuah projek solar sekolah luar bandar Sarawak. Banyaklah rahsia Rosmah didedahkan sehingga sabit kesalahan.”

Beliau berkata, ketika Rosmah menjadi “First Lady of Malaysia”, Rizal berlagak lebih sudu daripada kuah.

“Dia pertahan Rosmah dengan mulut dan duit. Siapa saja yang kritik ‘lady boss’, dia akan diserang habis-habisan. Yang puji dibagi upahan.

“Dia ada peruntukan kewangan untuk upah ‘cybertroopers’ (laskar siber) pertahan Rosmah dan serang siapa saja yang bercakap buruk mengenai bosnya itu. Malah, dalam mahkamah, dia dedah siapa kepala-kepala laskar siber Rosmah.”

Thursday, September 1, 2022

Kes Rosmah: Maszlee syukur pendedahan 2018 akhirnya terbukti

ismaweb.net
Athirah Huda Zalhe
Harap lebih ramai perasuah, kleptokrat terima hukuman setimpal

BANGI, 4 Safar 1444H, Khamis – Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meluahkan rasa syukur kerana pendedahannya terhadap isu penyelewengan projek solar di Sarawak akhirnya terbukti hari ini.

Ini selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Datin Seri Rosmah Mansor bersalah meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima suapan RM6.5 juta membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan berkata, pembelaan tidak berjaya menimbulkan keraguan terhadap semua tiga tuduhan.

Rosmah yang juga isteri kepada Datuk Seri Najib Razak – bekas Perdana Menteri yang sedang dipenjarakan – didakwa meminta dan menerima suapan daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holding iaitu Saidi Abang Samsudin.

Rasuah itu diterima melalui bekas pegawai khas suaminya Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Maszlee berkata, isu penyelewengan itu telah didedahkan dan dibawakan beliau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta polis ketika berada di Kementerian Pendidikan (KPM) pada 2018.

“Alhamdulillah, kebenaran akhirnya tertegak, keadilan akhirnya terlaksana.

“Kezaliman mengambil hak anak-anak Malaysia di Sarawak yang bergelut dengan kepayahan demi menimba ilmu ini terbalas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu turut berharap lebih ramai pelaku rasuah dan kleptokrat akan menerima hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan mereka.

“Semoga ada sinar buat Malaysia yang lebih bersih. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Wednesday, August 31, 2022

Rosmah fail permohonan saat akhir untuk batal kelayakan hakim

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-August 31, 2022 11:17 AM
Rosmah Mansor semalam memfailkan permohonan untuk membatalkan kelayakan Mohamed Zaini Mazlan daripada menjadi hakim perbicaraannya.

KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor telah memfailkan permohonan untuk membatalkan kelayakan Mohamed Zaini Mazlan daripada menjadi hakim perbicaraan rasuahnya berkait projek tenaga hibrid solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Hakim itu dijadual menyampaikan penghakimannya esok.

Permohonan difailkan oleh Tetuan Akberdin & Co petang semalam dan kertas kausa diserahkan kepada pihak pendakwaan pada hari yang sama.

Perkara ini disahkan oleh peguam Akberdin Abdul Kader, yang menganggotai pasukan guaman Rosmah.

FMT difahamkan permohonan itu dibuat berikutan penyiaran “draf penghakiman” yang bocor oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin minggu lepas

Permohonan itu menyatakan bahawa Zaini boleh terpengaruh kerana penghakiman yang didakwa itu ditulis oleh pihak ketiga.

BERITA LANJUT MENYUSUL

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-