Showing posts with label tembakau. Show all posts
Showing posts with label tembakau. Show all posts

Tuesday, July 26, 2022

Lebih 400 mati setiap minggu kerana rokok

ismaweb.net
Athirah Huda Zalhe

Tiada kuantiti, jumlah tembakau selamat untuk perokok

BANGI, 26 Zulhijjah 1443H, Selasa – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa tiada kuantiti atau jumlah tembakau yang selamat untuk golongan perokok.

Malah, produk tembakau hanya menyebabkan ketagihan nikotin yang menyukarkan perokok berhenti merokok untuk sepanjang hayat.

Beliau berkata, pengambilan tembakau adalah antara faktor pencetus kanser iaitu penyakit utama yang menyebabkan kematian di hospital di Malaysia.

“Di Malaysia, lebih 400 orang mati disebabkan rokok setiap minggu.

Friday, November 6, 2020

Duti eksais vape, shisha dan rokok paip 10% mulai 1 Jan

malaysiakini.com
Dikemaskini Hari ini 7:44 pm

BELANJAWAN 2021 | Semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape akan dikenakan duti eksais pada kadar ad valorem (duti mengikut nilai barang) sebanyak 10 peratus.

Cecair rokok elektronik pula akan dikenakan duti eksais pada kadar 40sen per mililiter.

Duti itu termasuk vape, produk elektronik pemanas tembakau, shisha dan rokok paip.
"Mulai 1 Januari 2021, mengenakan cukai (harga penuh pasaran) ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai Langkawi, Labuan, Tioman dan Pangkor,” kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, dia turut mengumumkan langkah-langkah lain berhubung rokok adalah:

Pertama: Membekukan pengeluaran lesen import rokok baru;

Kedua: Memperketat pembaruan lesen import rokok melalui semakan semula syarat lesen termasuk mengenakan kuota import;

Ketiga: Mengehadkan aktiviti transhipment rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja;

Keempat: Mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik atau drawback ke atas semua rokok import bagi tujuan transhipment dan eksport semula;

Kelima: Tidak membenarkan aktiviti transhipment dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit

Keenam: Mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai.

Pada tahun 2019, kajian mengenai rokok haram oleh Japan Tobacco International (JTI Malaysia) dilaporkan menganggarkan bahawa penjualan produk vape dan rokok haram yang tidak dikawal selia boleh menelan belanja kerajaan sekitar RM6 bilion.

Thursday, January 2, 2020

‘Cabar diri berhenti merokok’

Tegur jika ada yang merokok di premis makanan atau terus buat aduan

Oleh Athirah Huda Zalhe
02/01/2020


BANGI, 6 Jamadilawal 1441H, Khamis – Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membantu usaha kerajaan menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam, khususnya premis makanan.

Unit Kesihatan Awam Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Dr Mohd Ihsanuddin Abas berkata, sepatutnya tempoh setahun bagi tujuan pendidikan yang dilaksanakan KKM tahun lalu, digunakan sebaik mungkin untuk berhenti merokok.

Walaupun masih ramai yang tidak peka terhadap larangan itu, beliau berkata, kesedaran mengenai bahaya rokok dan kesan asap rokok telah pun disebar luas melalui pelbagai medium ke seluruh negara, termasuk kawasan pedalaman serta perkampungan.

“Pada masa sama, KKM turut menyediakan klinik berhenti merokok di banyak Klinik Kesihatan seluruh Malaysia sehingga ke ceruk kampung di pedalaman untuk memberi peluang kepada perokok berhenti merokok.

“Sepatutnya tempoh setahun digunakan sebaik mungkin oleh perokok untuk berubah dan yang terbaik untuk terus berhenti merokok kerana membahayakan kesihatan diri, keluarga dan orang sekeliling mereka,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Semalam, media tempatan melaporkan masih ada individu yang ingkar dengan arahan larangan merokok di semua restoran serta premis makanan pada hari pertama penguatkuasaan penuh dilaksanakan di seluruh negara.

Menerusi operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) yang dijalankan di beberapa negeri, masih ramai yang berdegil dengan memberi alasan tidak tahu mengenai larangan itu, walaupun penguatkuasaan pendidikan selama 12 bulan telah dijalankan.

Mengulas lanjut, Dr Mohd Ihsanuddin berkata, keberkesanan larangan itu tidak akan dapat dilihat dalam tempoh singkat memandangkan ia sudah menjadi budaya, khususnya bagi penduduk di kawasan perkampungan dan pedalaman.

Justeru, katanya, penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh KKM dan pihak berkuasa tempatan perlu berterusan sehingga ia menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat untuk akur dengan arahan itu.

“Selain itu, masyarakat yang berkesedaran juga perlu berani menegur dan membetulkan jika masih ada perokok di kedai makan atau terus mengadu kepada pihak berwajib untuk mengambil tindakan.

“Gabungan proses pendidikan, kempen kesedaran, pemantauan penguatkuasa dan kerjasama perokok serta masyarakat awam adalah faktor yang membantu usaha ini berjaya. Semua ada peranan dalam hal ini demi kesejahteraan masyarakat dan negara,” katanya.

Mulai semalam, mana-mana individu yang didapati merokok di premis makanan boleh dikenakan kompaun bermula RM150 sehingga RM350.

Kompaun turut dikenakan terhadap mana-mana pengusaha premis yang gagal memastikan tempat makan mereka bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok dengan tidak menyediakan kemudahan merokok seperti bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-