Thursday, May 7, 2015

Viral 1MDB: Tabung Haji diminta beri penjelasan

SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Tabung Haji diminta memberi penjelasan berhubung satu dokumen penglibatannya sebagai tabung penyelamat kepada syarikat 1MDB yang kini tersebar di media sosial.

Berdasarkan dokumen itu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, inti pati dokumen itu dapat difahami bagi menyelamatkan 1MDB dengan membeli dua plot tanah di Tun Razak Exchange pada harga RM772 juta menggunakan dana pendeposit.

"Satu amalan yang ganjil. Mengapa Tabung Haji perlu membayar purata antara 50 hingga 65 kali lebih tinggi untuk sekeping tanah Kerajaan dengan wang pendeposit Tabung Haji?," soalnya dalam satu kenyataan.

Pada awalnya, kata beliau 1MDB hanya mendapat Plot 1 dengan harga RM4 juta daripada Kerajaan dan kini Tabung Haji perlu membayar RM194 juta kepada syarikat 1MDB.

Tambahnya, untuk Plot 2, 1MDB dapat pembelian hanya RM8.9 juta dan Tabung Haji sekali lagi terpaksa membelinya pada RM578 juta.

"Persoalan yang timbul, apakah penglibatan pelaburan Tabung Haji dalam 1MDB merupakan aktiviti teras Tabung Haji itu sendiri? Apakah pendeposit Tabung Haji bakal menjadi mangsa 1MDB dalam pelaburan berisko tinggi ini," katanya.

Justeru, katanya Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga 1MDB dan Lembaga Tabung Haji wajib tampil menjelaskan perkara ini.

Sebagaimana yang saya cadangkan sebelum ini, ini masa yang sesuai untuk ditubuhkan 'Ombudsman' bagi mengelak hal seperti ini berulang pada sebarang masa.

Dokumen penglibatan Tabung Haji seolah-seolah sebagai tabung penyelamat 1MDB telah beredar di media sosial.

Dokumen juga memaparkan Tabung Haji perlu membayar RM2,860 per kaki persegi (RM194 juta) bagi plot tanah pertama iaitu kelulusan Menteri dalam masa kurang dua minggu dan wang pembelian harus di bayar kepada 1MDB secara penuh pada masa perjanjian dijual beli dimeterai. – HARAKAHDAILY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-