Monday, July 20, 2015

PKR dan DAP sedang menguji kesabaran PAS.........

PKR S'wak digesa putus hubungan dengan PAS
Tiada gunanya bagi PKR Sarawak mengekalkan hubungan dengan PAS yang menjadikan hudud sebagai objektif utamanya tetapi meminta Gerakan Harapan Baru (GHB) supaya tidak menurut jejak langkah itu, kata Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen.

Ketua PKR Sarawak Baru Bian baru-baru ini telah menggesa GHB yang dalam proses memohon untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik, tidak mengikuti jejak langkah PAS itu. Beliau berkata Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Di atas ni Wak paparkan sedikit catatan dari sebuah blog pro Pakatan Rakyat yang mengulas tentang hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat. Jika kita peratikan keadaan pergolakan yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat, rata-rata segala ulasan dari DAP menolak PAS keluar dari PR.

Sebelum ini kita lihat PKR hanya mendiamkan diri sahaja, tetapi di Sarawak pula berlainan keadaan nya. Sekarang PKR Sarawak dah mula bersuara lantang 'menolak' PAS keluar dari PR. PKR Sarawak lebih cenderung kepada parti baru, "Gerakan Harapan Baru" (GHB).

Walaupun PKR Semenanjung hingga kini masih lagi belum bersuara jelas menolak PAS, tetapi angin2 nya sudah mula bertiup sepoi2 bahasa. PAS mungkin sudah sedar dan faham tentang perkara ini. 

Pada pendapat Wak, adalah lebih baik dan mulia bagi PAS supaya berundur sahaja dengan cara terhormat sebelum ditendang keluar dengan secara kasar dan tidak sopan. PAS harus menjaga maruah nya sebagai sebuah parti Islam yang terunggul dan terhormat di bumi Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-