Saturday, August 22, 2015

Selepas segalanya, adakah kita mampu laksanakan keadilan?

oleh Alyaa Alhadjri
Apabila pemimpin bersuara, kita diminta mendengar. Baiklah. Tetapi dengarkan juga suara rakyat.

SATIRA: Tolong! Hentikan serangan terhadap 1MDB dan personaliti-personaliti yang terlibat sehingga siasatan selesai.

Tolong! Benarkan pihak berkuasa lakukan tugas mereka.

Tolong! Jangan buat andaian mereka akan didapati bersalah (sekurang-kurangnya) kerana menyalahguna dana rakyat.

Bunyi macan permintaan yang adil. Tetapi tolong!

Laksanakan keadilan.

Tolong! Hentikan serangan ke atas petugas yang melakukan siasatan.

Tolong! Jangan ditukarkan pegawai siasatan yang hanya melaksana tugas mereka.

Tolong! Jangan buat andaian pihak berkuasa akan membuat mereka memikul tanggungjawab bagi berbilion duit rakyat yang hilang.

Laksanakan keadilan.

Jangan guling kerajaan. Jangan heret kerajaan bersama kamu.

Jangan buat tuduhan palsu tentang salahguna wang rakyat. Jangan bermewah-mewah dengan duit negara.

Hentikan serangan peribadi. Berhenti menikam belakang pihak berkuasa.

Hentikan fitnah dan kepalsuan.

Laksanakan keadilan.

Presiden bertindak bagi kepentingan parti. Begitu juga ahlinya.

Syarikat bertindak bagi kepentingan orang ramai. Begitu juga pegawai penyiasat.

Kerajaan bertindak bagi kepentingan negara. Begitu juga rakyatnya.

Laksanakan keadilan.

Bersatu padulah demi parti. Bersatu padulah demi negara.

Yakinlah dengan pemimpin. Yakinlah dengan rakyat.

Yakinlah dengan pihak berkuasa. Yakinlah seyakin-yakinnya dengan pihak berkuasa.

Laksanakan keadilan.

Tetapi tunggu sebentar.

Hentikan serangan ke atas 1MDB dan pihak yang didakwa terlibat dengan skandal?

Beritahu perkara itu kepada Tun Mahathir.

Ingatkan ahli-ahli Umno yang setia.

Yakinkan pelabur asing yang meninggalkan kita.

Benarkan pihak berkuasa laksanakan tugas mereka?

Ingatkan tangan-tangan ghaib dan tangan-tangan yang kurang ghaib.

Beritahu perkara itu kepada pengarah SPRM Bahri Mohd Zain.
Beritahu perkara itu kepada bekas timbalan pengarah (cawangan khas) Abdul Hamid Bador.

Beritahu perkara itu kepada bekas pengawai di Pejabat Peguam Negara Jessica Gurmeet Kaur.

Mengapa beliau ditukarkan? Mengapa beliau dikembalikan?

Mengapa beliau dinaikkan pangkat? Mengapa beliau difitnah?

Mengapa beliau disingkirkan? Mengapa status penduduk tetapnya ditarik balik?

Jangan buat andaian?

Laksanakan keadilan.

Komen dan cadangan dapat disampaikan kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Selepas-segalanya-adakah-kita-mampu-laksanakan-keadilan#sthash.JyGCvCKU.dpuf

1 comment:

  1. Are you interested to learn the many important things that can be done using a Forex blog? If yes, then please do read the following brief article which is all about "Learn The Forex From An Expert". In this article I am not only going to discuss "Learn The Forex From An Expert" but I will also tell you about how to start using a Forex blog to earn some money as well. So, just check out the contents of this article below and you would surely Buy aged gmail accounts be able to earn some money using a Forex blog!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-