Friday, October 30, 2015

.........Ada pula 'Pakatan Longgar' di Johor

PKR dan Pas bentuk pakatan longgar di Johor
PKR menegaskan bahawa ia hanya dalam hubungan kerja bersama Pas di negeri ini, dan bukan kebangkitan semula pakatan Pakatan Rakyat yang tidak lagi berfungsi itu. Foto hiasan TRP

JOHOR BARU, 30 Oktober:
PKR Johor mengesahkan bahawa akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Pas di negeri ini untuk membentuk satu pakatan longgar, luar daripada Pakatan Harapan.

Walau bagaimanapun, PKR menegaskan bahawa ia hanya dalam hubungan kerja bersama Pas di negeri ini, dan bukan kebangkitan semula pakatan Pakatan Rakyat yang tidak lagi berfungsi itu.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Phuah Wee Tse, berkata bahawa kepimpinan parti negeri itu sentiasa mengambil kedudukan bahawa mereka akan melibatkan diri dengan mana-mana pihak atau organisasi di dalam dan di luar Pakatan Harapan yang berkongsi objektif yang sama.

“Ya, ia mungkin kelihatan janggal kepada pembangkang (di Johor), tetapi diharapkan peranan kita sebenarnya boleh menunjukkan kepada rakyat bahawa tidak mustahil untuk mempunyai pakatan longgar dengan Pas,” katanya kepada The Rakyat Post.

Phuah berkata PKR Johor, walaupun sokongan mereka terhadap Pakatan Harapan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), akan turut mewujudkan dan mengekalkan hubungan kerja dengan Pas di negeri ini.

“Kami terbuka untuk berbincang dengan Pas. Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membincangkan mengenai kebangkitan Pakatan Rakyat ketika ini.”

Minggu lalu, dilaporkan bahawa Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat baru-baru ini yang diadakan dengan PKR memutuskan satu perjanjian untuk mengukuhkan kerjasama melalui perbincangan di peringkat negeri dan peringkat persekutuan.

Pas juga telah beberapa kali menegaskan bahawa kerajaan campuran Pakatan Rakyat tidak berfungsi lagi, tetapi kerjasama masih boleh berfungsi walaupun tanpa DAP.

Phuah berkata, bagi PKR, keadaan seperti itu bergantung kepada negeri masing-masing dan menambah bahawa parti itu di Johor berharap, mereka boleh bekerja bersama-sama dengan Pas.

“Ia sukar buat kami (PKR), tetapi kami akan tengok bagaimana ia berfungsi untuk kedua-dua parti,” katanya.

Kepimpinan Pas pada awal tahun ini pada Muktamar, memutuskan hubungan dengan DAP.

Ini membawa kepada pengakhiran kerajaan campuran Pakatan Rakyat selama tujuh tahun yang dibuat berdasarkan tiga parti iaitu Pas, DAP dan PKR.

Tidak lama kemudian, DAP dan beberapa bekas pemimpin progresif Pas, yang kemudian menyertai Amanah, menubuhkan kerajaan campuran Pakatan Harapan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/30/pkr-dan-pas-bentuk-pakatan-longgar-di-johor/#ixzz3q0duqijj

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-