Sunday, October 11, 2015

PAS tetap unggul sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan Islam.........

Nasib PAS boleh lah di ibaratkan seperti 'sudah jatuh ditimpa tangga' apabila ia terkeluar dari 'Pakatan Rakyat'. Kita tidak boleh menafikan bahawa PAS kini sudah tinggal berseorangan., sedangkan Amanah, PKR dan DAP sedang meraikan kejayaan mereka menubuhkan pakatan baru yang dinamakan 'Pakatan Harapan'.

Dengan berjayanya 'Pakatan Harapan' di wujudkan, maka sah lah bahawa PAS sudah boleh dianggap seperti 'kera sumbang' di dalam blog parti pembangkang.

Walaupun PAS sudah menjadi parti tunggal ianya masih lagi boleh dianggap sebuah parti yang unggu bagi umat Islam yang benar2 cintakan Islam.

Ramai yang mengatakan PAS kehilangan sokongan kaum kafir, bagi Wak pendapat itu ada juga sedikit kebenaran nya tapi jangan lupa PAS juga akan menambahkan sokongan nya dari kalangan umat Islam yang sebelum ini menolak PAS.

Kini PAS lebih nampak jelas perjuangan Islam nya setelah tidak lagi bersengkokol dengan DAP. Perkaran ini lah yang menyebabkan lebih ramai umat Islam yang di luar sudah mula tertarik menyertai PAS.

Wak yakin PAS pasti akan terus kekal menjadi sebuah parti Islam yang unggul dan minati oleh umat Islam yang mencintai agama sucinya iaitu Islam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-