Monday, November 2, 2015

Azmin tolak pandangan delegasi DAP pecat ahli PAS dalam Exco

Yoke Kong dilaporkan menggesa agar pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk memecat wakil rakyat Pas atau DAP keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.

KUALA LUMPUR, 2 November:

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata adalah tidak adil untuk beliau membuat keputusan berdasarkan pandangan seorang delegasi DAP yang menggesanya untuk memecat ahli Pas yang dilantik menjadi Exco di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

“Itu kenyataan seorang deligasi, anda tidak boleh ambil satu pandangan daripada seorang deligasi dan menetang saya…saya tak fikir ia adil,” katanya ketika ditemui wartawan di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong Yoke Kong semalam di dalam Konvensyen DAP Selangor.

Yoke Kong dilaporkan menggesa agar pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh kepada Azmin untuk memecat wakil rakyat Pas atau DAP keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang berhasrat untuk mengambil alih lapan kerusi milik Pas di Selangor.

“Itu kita bincang… Pilihan raya bila? Minggu depan ke? Lambat lagi kan” katanya ringkas.

Sementara itu, mengenai pendirian untuk berkecuali dalam undi menolak Bajet 2016, Azmin berkata bahawa itu adalah pandangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya tak tahu itu pandangan Hadi. Berdasarkan perbincangan dengan Pas, disokong oleh kenyataan Timbalan Presiden Pas dan ketua whip Pas..mereka akan sokong usul PKR undi tidak percaya kepada Najib. Saya berpegang kepada keputusan itu.

“Saya tak tahu (untuk berkecuali undi bajet), itu keputusan baharu. Keputusan yang disampaikan secara rasmi kepada PKR jelas…kita berpegang kepada yang asal,” tambah Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/11/02/azmin-tolak-pandangan-delegasi-dap-pecat-ahli-pas-dalam-exco/#ixzz3qLCK1uMq

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-