Wednesday, November 11, 2015

Hadi bongkar DAP sebenarnya pihak yang mungkir janji

 AIDCNEWS1

AIDCNews – 11/11/15 – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membongkar bahawa DAP adalah pihak yang sebenarnya mungkir janji dalam perjanjian Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, ketiga-tiga pihak dalam PR sudah bersetuju untuk memberikan hak kepada Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

Persetujuan itu pula telah diikat dengan tanda tangan bersama yang ditandatangani bersama antara beliau sendiri mewakili PAS, Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Kit Siang (DAP).

“Akhirnya dia bersetuju buat kenyataan bersama. Itu hak Kelantan. Adapun DAP tak setuju, itu hak DAP.Ikut pandai kamu lah, itu hak kamu, itu maknanya.

“Nak laksana syariat, ini hak Kelantan. Dia setuju dan tanda tangan surat. Saya ‘sign’. Datuk Seri Anwar ‘sign’. Lepas itu Lim Kit Siang pun ‘sign’ surat itu. Disebar dalam surat khabar beberapa tahun dulu.

“Tiba-tiba sampai masa kemuncak, kita nak bawa di Kelantan, dia (DAP) bantah lagi. Dia buat satu langkah yang keras, kalau sekiranya kita bawa juga, dia nak keluar dari Pakatan Rakyat. (kita) kata keluarlah, keluar.

“Kita tegas dengan pandangan kita,”kenyataan Hadi yang dipetik sumber Harakah didedahkan semula oleh Iszuree Ibrahim.
Iszuree Ibrahim (kiri) bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi AwangIszuree (foto) yang dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang pada September 2014 berkata inilah wajah sebenar DAP menentang dakwa Islam termasuk di Sarawak.

“Mereka (DAP) menentang dengan memecat wakil Ahli Majlis PAS dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebab kami menentang kedai judi cyber, menentang kelulusan lesen Kedai-kedai hiburan pub, disko yang berleluasa di Pulau Pinang, menentang kelulusan kedai-kedai hiburan permainan ala judi.

“Alasan mereka ialah ia menjejaskan pengundi mereka yang merupakan tokey-tokey untuk cari makan.

“Apakah kesannya kepada masalah sosial masyarakat di Pulau Pinang ?,’ soal Iszuree.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-