Showing posts with label Naib Presiden PAS. Show all posts
Showing posts with label Naib Presiden PAS. Show all posts

Tuesday, January 5, 2016

Untuk apa Pas perlu bekerjasama dengan Pakatan Harapan? - Iskandar

AIDCNEWS

BNBBC.my – Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad memberi ingatan supaya semua pihak berhenti berharap yang PAS akan bergabung dengan Pakatan Harapan, (PH).

Menurutnya, tiada keuntungan yang akan diperolehi jika bergabung dengan tiga parti dalam PH itu jika akan terus dipergunakan serta sekadar menjadi kuda tunggangan DAP seperti sebelum ini.

“Apa guna sertai Pakatan Harapan? PAS telah putus dengan DAP dan sentiasa diserang oleh AMANAH dan DAP.

“Bagaimana hendak bekerjasama?”soalnya menerusi WhatsApp kepada BNBBC.my bagi mengulas harapan pelbagai pihak yang masih menginginkan penggabungan di antara PAS dengan Pakatan Harapan.

Pada peringkat permulaan, PKR mengumumkan gabungan tersebut bersama DAP dan AMANAH bagi menggantikan PAS.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui akaun twitternya menyatakan yang beliau berharap gabungan baharu itu akan dapat membawa fenomena baharu dengan adanya AMANAH yang mampu menarik undi bangsa Melayu sebagai ganti kepada PAS.

Kenyataan itu bagaimanapun mula bercanggah apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan yang pihaknya masih mengharapkan PAS menyertai gabungan itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan kemudiannya memberi kata putus bahawa parti itu tidak akan sesekali menyertai gabungan Pakatan Harapan.

Ini kerana jelas Takiyuddin, PAS tidak mahu lagi bersekongkol dengan DAP yang sering menyerang parti Islam itu dan menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan mereka.

Terbaru, bekas pengasas bersama kelab penyokong PAS, Hu Pang Chaw berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk PAS bergabung dengan Pakatan Harapan jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak memegang jawatan Presiden parti Islam itu.

“Hu Pang Chaw cakap seolah-olah PAS hendak sangat menyertai Pakatan Harapan, macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

“Dan saya nak nyatakan, bukan Presiden yang tak mahu sertai tetapi hasrat pimpinan lain juga,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor.

Wednesday, November 11, 2015

Hadi bongkar DAP sebenarnya pihak yang mungkir janji

 AIDCNEWS1

AIDCNews – 11/11/15 – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membongkar bahawa DAP adalah pihak yang sebenarnya mungkir janji dalam perjanjian Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, ketiga-tiga pihak dalam PR sudah bersetuju untuk memberikan hak kepada Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan hudud di negeri itu.

Persetujuan itu pula telah diikat dengan tanda tangan bersama yang ditandatangani bersama antara beliau sendiri mewakili PAS, Anwar Ibrahim (PKR) dan Lim Kit Siang (DAP).

“Akhirnya dia bersetuju buat kenyataan bersama. Itu hak Kelantan. Adapun DAP tak setuju, itu hak DAP.Ikut pandai kamu lah, itu hak kamu, itu maknanya.

“Nak laksana syariat, ini hak Kelantan. Dia setuju dan tanda tangan surat. Saya ‘sign’. Datuk Seri Anwar ‘sign’. Lepas itu Lim Kit Siang pun ‘sign’ surat itu. Disebar dalam surat khabar beberapa tahun dulu.

“Tiba-tiba sampai masa kemuncak, kita nak bawa di Kelantan, dia (DAP) bantah lagi. Dia buat satu langkah yang keras, kalau sekiranya kita bawa juga, dia nak keluar dari Pakatan Rakyat. (kita) kata keluarlah, keluar.

“Kita tegas dengan pandangan kita,”kenyataan Hadi yang dipetik sumber Harakah didedahkan semula oleh Iszuree Ibrahim.
Iszuree Ibrahim (kiri) bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi AwangIszuree (foto) yang dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang pada September 2014 berkata inilah wajah sebenar DAP menentang dakwa Islam termasuk di Sarawak.

“Mereka (DAP) menentang dengan memecat wakil Ahli Majlis PAS dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebab kami menentang kedai judi cyber, menentang kelulusan lesen Kedai-kedai hiburan pub, disko yang berleluasa di Pulau Pinang, menentang kelulusan kedai-kedai hiburan permainan ala judi.

“Alasan mereka ialah ia menjejaskan pengundi mereka yang merupakan tokey-tokey untuk cari makan.

“Apakah kesannya kepada masalah sosial masyarakat di Pulau Pinang ?,’ soal Iszuree.

Dewan Ulama saran Husam tinggalkan PAS, sertai Amanah

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa yang mengkritik Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka baru-baru ini, disarankan meninggalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian hari ini.Gambar fail The Malaysian Insider, 11 November, 2015.

Susulan kelantangan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengkritik Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, Ketua Dewan Ulama Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyarankan beliau meninggalkan parti Islam itu, lapor Sinar Harian hari ini.

Mencadangkan Husam lebih sesuai menyertai Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfodz melontarkan soalan adakah tindakan Husam itu berkait dengan kegagalannya dalam pemilihan muktamar sebelum ini.

Ini kerana, katanya, kelantangan Husam mengkritik PAS secara langsung itu tidak mendukung kepimpinan presiden dan menunjukkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu tiada hati dengan parti itu lagi.

“Kita tidak tahu tujuan dia mengkritik secara terbuka. Adakah disebabkan kalah dalam muktamar baru-baru ini?," katanya dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu.

“Kita tidak mahu gunting dalam lipatan menjejaskan parti. Lebih baik tinggalkan parti dan sertai rakan-rakannya dalam Amanah,” katanya merujuk parti serpihan PAS yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Sambil mendakwa Husam merupakan salah seorang ahli G18 yang ditubuhkan golongan progresif itu selepas Muktamar Tahunan PAS ke-61 lalu, Sinar Harian melaporkan Mahfodz mempertikaikan agenda Husam.

“Mereka itu bekas pemimpin yang kalah pada pemilihan. Dan hari ini, mereka menubuhkan parti.

“Saya tidak tahu mengapa Husam tidak sertai rakannya dalam Amanah dan tidak tahu strateginya terus berada dalam PAS,” katanya.

Mahfodz dilaporkan mendakwa, Husam sengaja melakukan huru-hara dalam parti itu dengan harapan PAS akan mengambil tindakan terhadapnya.

Katanya, kenyataan terbuka dan gesaan supaya Hadi melepaskan jawatan, seperti yang dibuat Husam, tidak sepatutnya berlaku.

Bagaimanapun, katanya, jika dakwaan Husam terhadap Hadi itu berasas, termasuk mengatakan Hadi pernah mencadangkan kerajaan perpaduan PAS-Umno di Selangor, beliau sewajarnya menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pandangannya.

“Jika sekarang ini beliau tidak mempunyai jawatan dalam parti, beri sokongan kepada tuan presiden untuk mentadbir parti. Bukan dengan cara meminta supaya (presiden) melepaskan jawatan,” katanya.

Sebelum ini, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah juga berkata, Husam sepatutnya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan, bukan dengan membuat kritikan terbuka terhadap presiden parti. – 11 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dewan-ulama-saran-husam-tinggalkan-pas-sertai-amanah-lapor-akhbar#sthash.F6MUfLdY.dpuf

Thursday, August 20, 2015

Setelah terpedaya, kini giliran Pas 'MENGAJAR' NAJIB

Oleh Shahbudin Husin
Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2,600 juta mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian Pas melalui Mursyidul Amnya, Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut?

Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:-

Perdana Menteri Najib Razak melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai wang yang dipercayai daripada dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Dr Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata Perdana Menteri, beliau menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Lihat...walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2,600 juta itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata.
Siap mengungkapkan "baeeek punya ayat", "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia."

Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...

Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata boleh terpedaya dengan "lakonan" Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya.

Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi.

Presiden Pas Haji Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap Perdana Menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang."
Setelah terbukti wang tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun berubah-ubah penjelasannya daripada dana politik, selepas itu sebagai derma dan kemudian kononnya sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia untuk memerangi IS, meskipun pada Mac 2013 ketika wang disalurkan, daulah Islamiah itu belum wujud lagi, hakikatnya Najib sudah terperangkap dalam tindakan paling tidak bermoral sekali sebagai pemimpin.

Apa pun hujah dan alasannya, tidak masuk akal ada seseorang sanggup menderma atau bersedekah dengan jumlah yang sebegitu besar, bak kata Tun Mahathir Mohamad, ia adalah "bullshit".

Apatah lagi, siasatan yang pada mulanya dijalankan untuk mencari kebenaran mengenai wang itu oleh pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan juga digagalkan melalui pembubaran pasukan petugas khas, pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara dan kacau ganggu termasuk serbuan dan rampasan fail, dokumen serta komputer riba terhadap SPRM.

Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang banyak bertanya mengenai wang itu pula dipecat daripada kabinet.

Najib kemudian "berlakon" lagi dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa pembiayaan dana politik untuk memantau sumbangan yang diterima oleh parti-parti politik.

Sekali lagi...di sebalik gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2,600 juta, Najib tetap mahu mempamerkan dirinya seperti kain putih di depan umum di mana dana politik, derma atau sebagainya mesti dipantau pengalirannya.

Meskipun Pas, terutamanya Haji Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib, isu wang RM2,600 juta ini seharusnya menyedarkan Pas hakikat yang sebenarnya.

Pas harus segera meletakkan titik noktahnya terhadap Najib demi menyelamatkan masa depan negara ini dengan turut sama menyokong jika ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri mahu dibentangkan di Parlimen.

Sekadar Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali memperakukan sokongan parti itu terhadap undi tidak percaya masih belum memadai sebenarnya. Haji Hadi sebagai Presiden dan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am harus tegas menyatakan pendirian rasmi Pas untuk menyokong usul tersebut.
Sokongan tersebut bukan saja untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan seterusnya yang mungkin lebih dahsyat daripada wang RM2,600 juta, tetapi juga sebagai "mengajar" Najib kerana tindakannya "memperperdaya" dan "berlakon suci bersih" terhadap golongan ulama.

Menyokong usul di Parlimen dan memastikan Najib tersingkir sekurang-kurangnya dapat mengembalikan maruah serta harga diri kedua-dua pimpinan utama Pas itu yang selama ini mungkin "tersilau" dan "terpedaya" tanpa disangka.

Tambahan lagi, ia juga bertepatan dengan kata-kata Haji Hadi sendiri yang mengikut asas Islam, "yang baik disokong, yang tak baik ditentang." - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=318022:setelah-terpedaya-kini-giliran-pas-mengajar-najib&Itemid=2#ixzz3jK7Syaxv
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Tuesday, March 10, 2015

Presiden PAS: Tuan Ibrahim tolak untuk cabar Hadi

Tuan Ibrahim hari ini angkat tangan enggan bertanding rebut jawatan Presiden PAS darpada Abdul Hadi selepas dicalonkan semalam. - Foto: minaq_jinggo

KUALA LUMPUR, 10 Mac:

Selepas memberikan kenyataan berlapik kepada The Rakyat Post di Pengkalan Chepa pagi tadi, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man petang ini mengeluarkan kenyataan rasmi menolak pencalonan beliau untuk bertanding merebut jawatan presiden parti itu daripada Datuk Seri Abdul Hadi Awang oleh PAS Kawasan Kota Bharu pada Muktamar PAS Jun ini.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu kepimpinan Abdul Hadi telah menunjukkan kejayaan dan prestasi yang sangat hebat.

Malah katanya, Kesatuan Ulama Sedunia mengangkat Abdul Hadi sebagai orang nombor dua dalam kesatuan berkenaan apabila dilantik selaku timbalan kepada Yusof Qardawi, dan dengan itu adalah tidak wajar ada pihak mencadangkan beliau menggantikan Ahli Parlimen PAS Marang itu.

“Saya bimbang kita memberi isyarat yang tidak baik kepada masyarakat luar walaupun atas nama memenuhi tuntutan demokrasi, namun kedudukan ‘syura’ lebih mulia dari demokrasi.

“Kalau syura adalah jalan terbaik, maka sewajarnyalah kepimpinan parti diselesaikan secara syura dan biarlah orang lain kata tak setuju dengan ayah kita, tapi jangan pula anak-anak kata begitu,” tegasnya memberi perumpamaan.

Sambil mengucapkan terima kasih di atas pencalonan serta kepercayaan yang diberikan kepadanya itu, Tuan Ibrahim menyeru semua PAS kawasan lain agar terus mendokong kepimpinan Abdul Hadi sebagai Presiden.

“Pencalonan saya untuk mencabar Abdul Hadi sebagai Presiden merupakan satu kejutan yang tidak membina keutuhan parti dan sejarah kepimpinan PAS jawatan Presiden tidak pernah dipertandingkan khususnya di era kepimpinan ulama.

“Saya melihat manisnya jika kita yang mendokong kepimpinan ulama terus mengekalkan budaya tersebut kerana dalam PAS jawatan bukanlah menjadi rebutan sebagaimana parti lain dan pertandingan berlaku hanyalah di atas sifat ‘fastabiqul khairat’ (berlumba melakukan kebaikan),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, Selasa.

Kenyataan beliau itu bagi mengulas keputusan mencalonkan PAS Kawasan Kota Bharu mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan Presiden selepas mendapat persetujuan 11 daripada 14 orang ahli jawatankuasa (AJK) yang bermesyuarat malam tadi.

Yang Dipertuanya Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika mengumumkan keputusan itu berkata, nama Tuan Ibrahim diusulkan sebagai calon presiden kerana beliau mempunyai ketokohan dalam banyak bidang, mempunyai pengetahuan luas dalam PAS, selain arif dalam ilmu agama.

Keputusan itu juga adalah satu daripada langkah mengukuhkan parti berkenaan ekoran tahap kesihatan Hadi yang agak merosot kebelakangan ini.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/10/presiden-pas-tuan-ibrahim-secara-rasmi-tolak-untuk-cabar-hadi/#ixzz3TzMig3HA

Tuan Ibrahim: Saya terkejut tapi terharu

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau "terkejut tetapi terharu" selepas dicalonkan untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim enggan mengulas lanjut sama ada beliau akan menerima pencalonan itu atau sebaliknya, lapor The Star Online hari ini.

"Saya terkejut, tetapi terharu. Bagaimanapun saya tidak akan bercakap lebih buat masa ini.

"Saya akan bercakap mengenainya selepas saya memikirkan tentang berita (pencalonan) ini," katanya seperti dilapor portal berita itu.

Malam tadi, Jawatankuasa PAS Kota Bharu menjadi kawasan pertama PAS yang mencalonkan pencabar Abdul Hadi bagi jawatan presiden.

Menurut Yang Dipertuanya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, pemilihan Tuan Ibrahim itu kerana Abdul Hadi mengalami masalah kesihatan, malah, naib presiden PAS itu akan membuatkan MP Marang itu selesa kerana merupakan anak didik dan dekat dengannya.

Menurut perlembagaan, seseorang anggota PAS memerlukan dua pencalonan dari peringkat kawasan untuk melayakkan mereka bertanding bagi sebarang jawatan. Sebanyak 27 jawatan peringkat pusat dipertandingkan.

Kawasan PAS di seluruh negara kini sedang mengadakan mesyuarat agung sehingga akhir bulan depan. Tarikh tutup untuk pencalonan peringkat pusat adalah pada 30 April ini.

Pemilihan PAS dijadual berlangsung semasa Muktamar PAS ke-61 pada 4 hingga 6 Jun depan. - M'kini

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=254982:tuan-ibrahim-saya-terkejut-tapi-terharu&Itemid=2#ixzz3Tz3UxSXK
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-