Saturday, December 26, 2015

Pas akui tidak pernah menang, yang penting dakwah - Naib Presiden

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, soal kalah dan bertanding adalah dua perkara berbeza.

KOTA BHARU, 26 Disember:

Meskipun mengakui tidak pernah menang walaupun satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebelum ini, namun Pas tetap beranggapan ada kepentingan untuk mereka bertanding di negeri itu.

Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, soal kalah dan bertanding adalah dua perkara berbeza.

Jelasnya, hasil kajian Pas mendapati ada keperluan untuk bertanding kerana paling kurang mereka ada peluang untuk berceramah dan menyampaikan dakwah.

Katanya lagi, Pas boleh jadi alternatif kepada pengundi di mana sekiranya mereka tidak mahu mengundi BN atau DAP, mereka boleh mengundi Pas.

“Kalau Pas bertanding di sana kita mempunyai ruang dan peluang untuk berceramah sekaligus menyampaikan dakwah.

“Sekiranya kita tidak bertanding tetapi tiba-tiba datang berceramah itu akan kelihatan pelik,” katanya pada sidang media selepas perasmian Kejohanan Sepak Takraw Piala TMB di Perdana Resort, di sini, malam tadi.

Ditanya adakah penglibatan Pas dalam pilihan raya negeri sekadar menganggu undi DAP dan memberikan kemenangan kepada BN, Mohd Amar menafikan perkara itu.

“Bukan..bukan. Sejak dulu asas Pas letak calon adalah supaya ada peluang untuk bercakap dan berceramah..Itu paling utama..sampaikan dakwah itu yang pentingnya,” katanya.

Dalam PRN Sarawak yang akan datang, Pas akan bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala DAP dilaporkan akan bertanding di 30 DUN.

Difahamkan, Pas pernah bertanding tiga kerusi DUN sebelum menambahnya menjadi lima pada 2006.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/12/26/pas-akui-tidak-pernah-menang-yang-penting-dakwah-naib-presiden/#ixzz3vP9tUy65

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-