Monday, December 21, 2015

....sekarang Ustaz Umno pula ingatkan Pas tentang Islam......?

Naib presiden Umno gesa PAS fikir tentang Islam, bukan politik

OLEH DIYANA IBRAHIM
Published: 21 December 2015 12:45 PM

PAS digesa berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan Umno sekiranya mahu memartabatkan Islam, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015.

PAS digesa berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan Umno sekiranya mahu memartabatkan Islam, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata perpaduan antara 2 parti berkenaan disambut baik tetapi menolak dakwaan parti Melayu itu terlalu inginkan kerjasama sebaliknya berkata usaha tersebut untuk kebaikan umat Islam di negara ini.

"Bagi saya hal berkait ummah Islam itu tak kira siapa mulakan perjumpaan tapi siapa yang betul ikhlas dan tidak ada pertimbangan lain.

"Ini merupakan imej Islam, perpaduan yang perlu kita perbaiki," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini. – 21 Disember, 2015.

MENYUSUL LAGI


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/naib-presiden-umno-gesa-pas-fikir-tentang-islam-bukan-politik#sthash.wpQA5gOk.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-