Showing posts with label politik.. Show all posts
Showing posts with label politik.. Show all posts

Wednesday, November 9, 2022

Farid Kamil tak perlu fikir panjang untuk berlakon jadi Anwar

malaysiakini.com
Farah Ayuni Zulkefli
Diterbitkan: Nov 9, 2022 11:49 AM
Pelakon Farid Kamil Zahari mengakui dia tidak perlu berfikir panjang untuk menyatakan kesediaannya melakonkan watak Anwar Ibrahim.

Katanya, peluang itu sukar diperoleh, tambahan lagi tokoh yang dilakonkan masih sihat walafiat dan bergiat aktif dalam dunia politik serta menjadi pejuang antirasuah yang tegar.

“Menjadi cabaran kepada saya untuk membuktikan bahawa masih lagi boleh diwujudkan watak Anwar Ibrahim itu ketika dia masih dalam kancah politik.

“Tokoh yang diangkat dalam filem ini masih lagi hidup dan sudah tentu akan menjadi pengalaman dan cabaran baru kepada saya sebagai pelakon untuk membuktikan bahawa saya boleh melakonkan semula watak Datuk Seri Anwar Ibrahim,” ujarnya kepada Malaysiakini.
Semalam, Produksi Bianglala Entertainment dari Indonesia mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa Farid akan berlakon dalam filem berjudul Anwar–yang mengisahkan perjuangan Anwar di tahun-tahun terakhir sebelum dipecat daripada kerajaan.

Anwar diarahkan oleh Viva Westi, sutradara terbaik dalam Festival Filem Indonesia pada 2008. Ia melibatkan pelakon handalan daripada kedua-dua negara termasuk Acha Septriasa (sebagai Wan Azizah Ismail), Hasnul Rahmat (Mahathir Mohamad), Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Ketika ditemu bual melalui telefon semalam, Farid, 41, berkata dia menerima watak itu kerana permintaan ibunya untuk “membantu” Anwar.

Ibunya, Sharifah Bardah Syed Abdillah, seorang guru merupakan orang pertama yang diberinya membaca naskah filem itu.
Farid dan bintang Indonesia Acha Septriasa yang melakonkan watak Azizah
Setelah membuat pembacaan naskah filem itu, ibunya memberi maklum balas yang sangat positif.

“Kamil, buatlah filem ini, bantulah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan watak dia yang sebenar,” kata Farid, mengajuk pesan ibunya.

Sementara itu, mengulas pengalaman pertamanya dengan produksi filem daripada Indonesia, Farid menganggap ia sebagai peluang keemasan bagi melonjakkan nama di peringkat Asia dan antarabangsa.
Konfrontasi Anwar dan Mahathir
“Sepuluh tahun dulu saya bercita-cita dan berdoa yang suatu hari nanti apabila saya sudah dikenali di Malaysia sudah tentu saya ingin sekali melebarkan sayap saya ke peringkat antarabangsa.

“Apabila ditawarkan berlakon di filem ini, saya seperti rasa seperti doanya selama ini dimakbulkan, “ ujarnya.

Monday, December 21, 2015

....sekarang Ustaz Umno pula ingatkan Pas tentang Islam......?

Naib presiden Umno gesa PAS fikir tentang Islam, bukan politik

OLEH DIYANA IBRAHIM
Published: 21 December 2015 12:45 PM

PAS digesa berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan Umno sekiranya mahu memartabatkan Islam, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Disember, 2015.

PAS digesa berfikir lebih daripada pertimbangan politik dalam mewujudkan kerjasama dengan Umno sekiranya mahu memartabatkan Islam, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin yang juga naib presiden Umno berkata perpaduan antara 2 parti berkenaan disambut baik tetapi menolak dakwaan parti Melayu itu terlalu inginkan kerjasama sebaliknya berkata usaha tersebut untuk kebaikan umat Islam di negara ini.

"Bagi saya hal berkait ummah Islam itu tak kira siapa mulakan perjumpaan tapi siapa yang betul ikhlas dan tidak ada pertimbangan lain.

"Ini merupakan imej Islam, perpaduan yang perlu kita perbaiki," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini. – 21 Disember, 2015.

MENYUSUL LAGI


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/naib-presiden-umno-gesa-pas-fikir-tentang-islam-bukan-politik#sthash.wpQA5gOk.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-