Saturday, February 20, 2016

Beri peluang kepada Adenan, kata Zahid kepada pengundi Cina Sarawak

OLEH NANCY NAIS
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu pengundi Cina Sarawak supaya menutup kisah lama dan beri peluang kepada Tan Sri Adenan Satem.Gambar fail The Malaysian Insider , 20 Februari, 2016.

Ditolak pengundi Cina dalam pilihan raya Sarawak yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merayu kepada pengundi kaum itu agar melupakan apa yang terjadi sebelum ini dan memberi peluang kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dalam pilihan raya negeri yang dijadualkan berlangsung beberapa bulan lagi.

Barisan Nasional (BN) Sarawak hilang 15 kerusi dalam pilihan raya 2011 dan BN di peringkat persekutuan juga kehilangan undi popular dalam pilihan raya umum 2013, selepas pengundi Cina menyokong pakatan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat.

"Saya merayu kepada pengundi Cina, tolong beri Adenan peluang. Tolonglah tutup kisah lama. Mari kita bergerak ke depan untuk terus mengukuhkan perpaduan di negeri ini," kata Zahid kepada pemberita di Kuching hari ini.

Zahid memuji rakyat Sarawak kerana semangat perpaduan mereka, mengatakan rakyat Malaysia perlu mencontohi keharmonian yang wujud di kalangan rakyat di negeri itu.

Beliau berkata, rakyat di Sarawak, walaupun terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama, sentiasa bersatu. – 20 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beri-peluang-kepada-adenan-kata-zahid-kepada-pengundi-cina-sarawak#sthash.kuJuBiUf.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-