Showing posts with label Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Show all posts

Sunday, August 6, 2017

Mengapa rakaman Zahid - Dr M belum didedahkan, soal Kit Siang

FMT Reporters

Beliau berkata Zahid dan Dr Mahathir dikatakan mempunyai salinan rakaman pertemuan mereka dan ia perlu dimainkan supaya semua orang tahu apa yang dibincangkan.
PETALING JAYA: Dedah rakaman pertemuan antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang membuat seruan itu susulan kontroversi dakwaan Dr Mahathir yang mereka membincangkan mengenai menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu mesyuarat yang diadakan selepas Zahid dilantik menjadi timbalan perdana menteri pada 2015.

Lim berkata Zahid pertama sekali mengatakan beliau ada rakaman pertemuan itu.

“Malah, beliau kata Dr Mahathir juga ada salinan rakaman yang sama,” katanya dalam kenyataan.

“Jika benar, mengapa rakaman pertemuan Dr Mahathir-Zahid belum dimainkan supaya semua orang tahu apa sebenarnya yang dibincangkan, jika benar Zahid dan Dr Mahathir mempunyai merakam perbincangan mereka itu pada 2015?”

Zahid mengakui ada bertemu Dr Mahathir beberapa hari selepas pelantikannya, tetapi menafikan dakwaan ia bertujuan untuk menjatuhkan Najib.

Dalam ucapannya kepada perwakilan Umno Jerlun Jumaat lepas, Zahid berkata beliau menyimpan rakaman pertemuan itu.

“Saya ingin katakan, ia berlaku atas keizinan perdana menteri selepas 10 hari saya dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

“Jangan berbohong. Rakaman itu masih ada pada saya. Mereka mudah lupa, tetapi saya tidak lupa.”

Zahid menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang digugurkan kerana perbezaan mengenai skandal 1MDB.

“Bagaimana saya mahu jatuhkan perdana menteri selepas 10 hari saya dilantik?” soal Zahid.

Presiden Umno hari ini berkata beliau tidak percaya dakwaan Zahid berkonspirasi untuk menggulingkan beliau, menganggapnya sebagai tidak masuk akal.

“Tak masuk akal lepas jadi timbalan perdana menteri minta guling saya. Tak mungkin dan tidak betul. Satu fitnah sama sekali,” kata Najib.

“Kita jangan berlegar cerita begini. Percayalah kepimpinan Umno kukuh dan saya tetap yakin dengan Zahid, habis cerita,” katanya dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Perwakilan Umno Shah Alam di Seksyen 18 di sini.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyeru ahli Umno supaya bersatu kerana dakwaan itu cubaan Dr Mahathir untuk memecah-belahkan kepimpinan parti menuju pilihan raya umum ke-14.

Tuesday, April 11, 2017

Kami tak campur agama kamu, Zahid ingatkan bukan Islam

Aedi Asri
April 11, 2017

Beliau menyeru orang bukan Islam menghormati Islam sejajar dengan statusnya sebagai agama rasmi.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sedih melihat bantahan terhadap usaha memperkasakan mahkamah syariah.

Zahid berkata usaha tersebut hanya kerana ingin memberikan martabat yang tinggi kepada agama.

“Ada usaha oleh ulama dan mereka yang mempunyai kesedaran agama untuk meningkatkan sistem kehakiman dan meningkatkan hukuman dan denda,” katanya dipercayai merujuk usul Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

“Kita amat sedih apabila ada pihak yang mempertikaikan usaha itu,” katanya pada Majlis Konvensyen MRSM Ulul Albab 2017 di sebuah hotel di sini semalam.

Pindaan yang diusulkan Hadi itu bertujuan meningkatkan tahap hukuman Mahkamah Syariah daripada hukuman maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000, dan 6 sebatan kepada hukuman maksimum 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

Pada hari terakhir sesi Dewan Rakyat Khamis lalu, Hadi dibenarkan membentang usulnya itu mendahului rang undang-undang (RUU) kerajaan yang lain, sehingga menimbulkan bantahan daripada beberapa ahli parlimen pembangkang. Mereka juga berang selepas Speaker menamatkan sesi sejurus selepas memberi laluan kepada pemimpin PAS untuk berucap.

Zahid berkata orang bukan Islam tidak patut mencampuri hal mengenai pemerkasaan syariah yang disifatkannya isu umat Islam.

“Kumpulan yang tidak sama akidah dengan kita tidak harus mengajar macam mana untuk memperkukuhkan undang-undang agama kita.

“Kita tidak berhasrat untuk menyentuh agama lain. Hormati agama saya jika anda mahu saya hormati agama anda,” katanya.

Beliau mengingatkan tentang Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut Islam sebagai agama rasmi, dan berkata semua pihak harus menghormati peruntukan itu.

Saturday, February 4, 2017

Letak balu bertanding PRK bukan trend, kata TPM

Bernama
February 4, 2017

Pilihan dibuat berdasarkan kepada sokongan akar umbi dan peluang untuk menang, kata Zahid Hamidi
LUNDU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bukan trend mahupun dasar Barisan Nasional (BN) meletakkan balu wakil rakyatnya bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kawasan yang disandang suami.

“Kami jalankan kajian dan dapati si isteri yang dicadang bertanding mempertahankan kerusi yang ditinggalkan arwah suami menerima sokongan kuat daripada akar umbi.

“Justeru, tidak semestinya hanya isteri yang patut gantikan suami. Pilihan kami adalah berdasarkan sokongan akar umbi dan peluang untuk menang,” katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyertai barisan pemimpin BN Sarawak mengiringi calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, Puan Sri Jamilah Anu, ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Lundu di sini.

Turut serta Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta beberapa menteri persekutuan dan anggota kabinet negeri.

Ahmad Zahid berkata dalam kes Tanjong Datu, BN turut menjalankan kajian serupa dan mendapat hasil yang sama.

“Perkara ini turut berlaku dalam dua PRK sebelum ini. Keputusan mencalonkan beliau (Jamilah) dibuat oleh pemimpin BN peringkat negeri dan pusat,” katanya.

Ahmad Zahid turut bersetuju dengan pandangan bahawa langkah itu juga antara cara menambah bilangan pemimpin wanita di peringkat negeri dan negara.

Sementara itu, beliau yakin Jamilah, 61, akan mempertahankan kerusi tersebut untuk BN sekalipun dicabar oleh dua lagi calon.

“Beliau boleh teruskan legasi cemerlang suaminya, Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Kami juga yakin pengundi akan terus menyokong BN dan barisan kepimpinan baharu negeri di bawah Abang Johari,” katanya.

Ahmad Zahid berkata BN akan memenuhi semua janji yang dibuat Adenan dan semua projek pembangunan akan dilaksana.

Katanya jentera pilihan raya di bawah Abang Johari dan juga Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku pengarah operasi yang turut dibantu jentera pilihan raya BN Sabah, akan bekerja keras memastikan kemenangan Jamilah.

PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan Jamilah dicabar oleh calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit dan calon Parti Reformasi Negeri (Star) Johny Aput.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Februari sebagai hari pengundian awal dan 18 Februari hari pengundian.

Friday, December 23, 2016

Adik TPM meninggal dunia

MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
23 DISEMBER 2016
Screen Shoot status yang dimuat naik di laman Fan Page Facebook Ahmad Zahid.

BAGAN DATOH - Adik lelaki Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri Hamidi meninggal dunia kira-kira 11.30 malam semalam.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Khairuddin Tarmizi ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

"Allahyarham berusia 45 tahun dan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada menghubungi saya memaklumkan perkara berkenaan," katanya.

Menurut Khairuddin jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini selepas solah Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh.

Sementara itu tinjaun Sinar Harian di laman Fan Page Facebook Ahmad Zahid turut menemui status yang dimuat naik beliau memaklumkan perkara sama.

Al-Fatihah.

Saturday, December 17, 2016

TPM: Tak puas hati sila mengadap agong, Dr M

Bernama

Pembatalan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad ke istiadat melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara bukan atas arahan Pejabat Perdana Menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, beliau telah membuat semakan terhadap pembatalan undangan kepada bekas perdana menteri itu dan mendapati urusan tersebut adalah di bawah kuasa Istana Negara.

"Bahagian istiadat hanya menerima arahan, kalaupun tidak titah bagi pembatalan itu. Jangan salahkan bahagian istiadat Jabatan Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri sendiri.

"Kalau tidak berpuas hati sila menghadap (Yang di-Pertuan Agong) untuk mendapatkan penjelasan, jangan salahkan orang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Imigresen, di Putrajaya hari ini.

Pada 7 Dis lepas, surat daripada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja kepada Dr Mahathir yang membatalkan undangan ke istiadat tersebut tersebar di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

- Bernama

Sunday, November 20, 2016

2 Ahli Parlimen PKR ditangkap polis

FMT Reporters

Tian Chua dan Zuraida Kamaruddin dipercayai ditahan kerana pembabitan mereka dalam tunjuk perasaan Bersih 5
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin ditangkap polis malam tadi dipercayai kerana pembabitan mereka dalam tunjuk perasaan Bersih 5.

Tian melalui twit memberitahu beliau sudah ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

“Nasib baik saya sempat mandi. Lega dapat bersama aktivis Bersih 5 dan berehat dengan tenang dalam lokap,” kata pemimpin PKR itu.

Menurut Tian, beliau ditahan dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas tuduhan merusuh.

Tidak lama kemudian, FMT dimaklumkan polis turut menangkap Zuraida.

Menurut WhatsApp Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, pihak belum jelas tuduhan terhadap Zuraida.

Sebelum kejadian, Tian Chua menulis polis sudah mengepung kediamannya.

“Polis di depan rumah, nampaknya malam ini saya mungkin ditangkap. #LawanTetapLawan,” katanya.

Setakat ini, Adun Canning Howard Lee Chuan How (DAP), aktivis Fahmi Reza, aktivis Hishamuddin Rais, Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah dan seorang penunjuk perasaan Siew Tech Soon dalam tahanan pihak berkuasa.

Mereka menyusuli senarai tahanan lain termasuk Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, urusetia Bersih Mandeep Singh, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan, aktivis Anis Syafiqah Mohd Yusuf, aktivis Safwan Anang, aktivis Luqman Nul Hakim Zul Razali, Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (DAP) dan bekas exco Selangor Ronnie Liu (DAP).

Bernama melaporkan Timbakan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata lebih ramai lagi peserta Bersih 5 dan Baju Merah akan ditahan untuk didakwa di mahkamah.

Katanya senarai nama individu yang terbabit dalam kedua tunjuk perasaan sudah dikenalpasti tetapi tidak menamakan mereka.

Tuesday, September 13, 2016

Dinafikan hak, Peguam Amerika wakili Anwar mahu temui TPM

Hafiz Yatim
Peguam tersohor Amerika Syarikat, Kimberly Motley berharap dapat bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi petang ini selepas tidak dibenarkan berjumpa dengan anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh.

Motley dilantik oleh Anwar untuk membantu beberapa kes yang sedang berlangsung, termasuk kajian semula sabitan liwatnya pada bulan Februari 2015.

Menurut Raul Lee Bhaskaran dari firma undang-undang Daim & Gamany yang mewakili Anwar dalam beberpa permohonan itu, firma tersebut telah menulis kepada Jabatan Penjara pada 10 September lalu untuk mendapatkan kebenaran supaya Motley boleh berjumpa dengan bekas pemimpin pembangkang itu.

Walau bagaimanapun, permohonan mereka ditolak.

"Motley menjalankan kes-kes itu secara pro-bono (tanpa bayara)," kata Raul kepada Malaysiakini.

Beliau berkata surat memohon pertemuan dengan Zahid telah difakskan serta dihantar dengan tangan ke pejabatnya, tetapi tiada tindak balas setakat ini.

Motley, seorang graduan lulusan Marquette Law School pada tahun 2003, berkhidmat di Amerika Syarikat dan Afghanistan. Beliau juga telah menjalankan kerja penyelidikan dalam bidang keadilan juvana yang mendapat laporkan di peringkat antarabangsa.

Beliau juga membantu melatih ratusan peguam Afghanistan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Sunday, August 7, 2016

Bekas pemimpin UMNO gali kubur sendiri - Zahid

 Send by Email
Bagan Datoh – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas bekas pemimpin Umno yang membentuk parti serpihan dengan menyifatkan kumpulan itu hanya menggali kubur mereka sendiri dan tidak akan bertahan lama dalam politik Malaysia.

“Hanya kerana anda mempunyai perbezaan dengan seorang individu, anda membentuk sebuah parti baharu untuk kepuasan anda sendiri.

“Anda menggali kubur sendiri dengan berbuat demikian,” katanya kepada perwakilan Umno Bahagian Bagan Datoh pada Sabtu.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berkata, hanya “orang kecewa” yang membentu parti serpihan tetapi Umno tidak dibina di atas kekecewaan.

“Umno telah ditubuhkan atas dasar perpaduan, kebersamaan dan kesatuan.

“Jika kita mempunyai masalah, kita akan menyelesaikannya antara diri kita sendiri. Itulah sebabnya parti ini kuat.

“Jika kita mempunyai perbezaan, silakan… jika anda ingin membenci seseorang, bencilah orang itu tetapi jangan pernah membenci parti. Masalah boleh diselesaikan,” katanya.

Selain itu Ahmad Zahid berkata, pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar juga meninggalkan parti itu dan membentuk parti baharu tetapi beliau tidak berjaya dalam cita-cita politiknya.

“Banyak parti serpihan telah datang dan pergi tetapi Umno kekal kukuh dalam arena politik Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan beberapa bekas pemimpin Umno, Ahmad Zahid berkata:

“Mereka yang mengalami menopaus politik akan meninggalkan dan menubuhkan parti baru.

“Jika parti politik mempunyai masalah, ia adalah normal. Organisasi juga mempunyai masalah. Jangan membentuk sebuah parti politik jika anda mengalami menopaus politik. Anda hanya menyokong sesebuah parti apabila anda mempunyai kedudukan, itu tidak betul. ”

Beliau menggesa ahli-ahli parti untuk menghentikan kebencian terhadap Umno kerana “parti itu tidak bersalah.”

Pada Khamis, bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menubuhkan parti baharu yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dan berharap ia akan diluluskan. 

– mStar

Saturday, May 14, 2016

S'wak mungkin dapat lebih dari 3 TKM, kata Zahid

Geraldine Tong
Sarawak mungkin mempunyai lebih daripada tiga timbalan ketua menteri (TKM) kerana perlembagaan negeri itu mungkin dipinda untuk membolehkan tambahan jawatan berkenaan, kata Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

"Saya tidak mahu mengesahkan ini tetapi terdapat usaha yang dibuat supaya perlembagaan negeri dipinda untuk membolehkan lebih daripada tiga TKM dilantik," kata Zahid dalam sidang akhbar selepas program Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di Cheras hari ini.

Beliau menjawab soalan mengenai kenyataannya sebelum ini bahawa beliau akan cuba untuk meyakinkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem untuk melantik lebih ramai menteri dari kaum Cina, malah bagi jawatan TKM.

Ini ekoran kontroversi yang timbul berkaitan kabinet baru diumumkan Adenan di mana tiada TKM yang dilantik dari kaum Cina, walaupun beliau sebelum ini menggesa pengundi Cina supaya menyokong BN jika mereka mahu melihat wakil kaum itu dilantik ke jawatan tersebut.

Ketika mempertahankan langkah beliau, Adenan menafikan pernah menjanjikan jawatan TKM untuk kaum Cina, dengan menyatakan ia mungkin dilakukan hanya jika BN menang di semua kerusi majoriti pengundi Cina.

Bagaimanapun dalam sidang akhbar hari ini, Zahid juga berkata ia terpulang kepada Adenan untuk wmelantik sesiapa yang beliau mahu sebagai TKM, walaupun ia lebih daripada tiga, kaum Cina atau tidak.

Tuesday, May 3, 2016

RM250,000 buat PGA sebelum undi awal buat PKR berang

PKR menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil tindakan terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa cuba membeli undi.

Bagaimanapun, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pihaknya akan berbincang dengan peguam sebelum memutuskan sebarang tindakan berhubung dakwaan itu.
Zahid (gambar) semalam mengumumkanperuntukanRM250,000 untuk Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kuching sehari sebelum proses undi awal (hari ini).

"Pada saya kita lihat kenyataan begitu terbuka untuk membeli undi adalah satu yang amat menjejaskan keyakinan dalam proses pilihanraya.

"Kita menentang pembelian undi tetapi ia dilakukan berterusan oleh menteri dan timbalan perdana menteri yang sama tanpa tindakan susulan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Sementara itu, seorang lagi naib presiden PKR Tian Chua (gambar) menjelaskan, sebarang bentuk pemberian atau janji yang mendorong mendapatkan undi adalah pelanggaran undang-undang pilihan raya.
"SPR perlu menunjukkan integriti dengan mengambil tindakan tanpa rasa gentar serta mengemukakan amaran kepada menteri.

"Mereka tidak boleh 'pejam mata' terhadap semua laporan itu.

"Jika mereka tidak membaca Malaysiakini, mereka sepatutnya membaca semua laporan akbar arus perdana yang mengikuti perkembangan itu," katanya.

Langkah sama turut ditegur gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH hari ini.

Monday, April 18, 2016

Zahid tak sesuai ganti Najib kerana tak popular, kata Tun Mahathir

by ANA GHOIB
Penamaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengganti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kesilapan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, Ahmad Zahid tidak sesuai untuk menggantikan Najib kerana beliau tidak popular dan ditolak oleh kebanyakan rakyat negara ini.

“Apabila namanya disebut (tersilap) sebagai pengganti berpotensi Najib, orang ramai berteriak kerana suara rakyat yang bebas menolak Zahid.

“Zahid beritahu saya untuk terus bersuara mengenai isu derma. Saya rasa Zahid yang patut bertindak lebih dari saya. Namun, malangnya, dia tidak berbuat apa-apa,” ujar Mahathir dalam blognya hari ini.


Sebelum ini Malaysiakini melaporkan, salah seorang panglima perang Mahathir, Datuk Seri Zaid Ibrahim, menyebut bahawa Zahid mungkin menjadi pengganti Najib.

Zaid mempertahankan kenyataan beliau dalam cubaan untuk mendapatkan sokongan Umno dalam gerakan Selamatkan Malaysia yang berhasrat mahu mendesak Najib berundur dari jawatannya.

Monday, March 14, 2016

Adakah MoU 1.5 juta pekerja Bangladesh terbatal?

FMT Reporters

Kerajaan perlu memberi penjelasan status MoU itu susulan keputusan Kabinet menghentikan pengambilan pekerja asing.
PETALING JAYA: Kerajaan dituntut memberi penjelasan berhubung status Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Bangladesh susulan keputusan Kabinet menghentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa Jumaat lalu.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu menjelaskan adakah MOU itu terbatal begitu sahaja?

“Apa reaksi di pihak kerajaan Bangladesh? Apakah kerajaan dikenakan apa-apa bayaran ganti rugi kerana membatalkan MoU ini?, soalnya menerusi kenyataan media, hari ini.

MoU itu ditandatangani pada pertengahan Februari lalu untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun.

Perjanjian itu ditandatangani di Dhaka antara Menteri Sumber Manusia Malaysia Datuk Seri Richard Riot dan Menteri Pekerjaan Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh Nurul Islam.

Pada Sabtu, Zahid memberitahu Kabinet membuat keputusan menghentikan pengambilan pekerja asing berkuatkuasa serta merta kecuali pembantu rumah.

Idris berkata, kerajaan mesti mengotakan janji itu dan bukan sekadar janji bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak atau bertujuan meredakan kemarahan rakyat yang berdepan masalah pengangguran yang semakin serius.

“Memandangkan banyak sektor yang boleh melibatkan orang tempatan di sektor 3D (kotor, bahaya dan susah) maka kerajaan mesti membuat saringan semula untuk memastikan tenaga asing yang diperlukan sahaja untuk bekerja di negara ini. Selebihnya perlu dihantar balik ke negara mereka dan ditempatkan penduduk tempatan di sektor tersebut,” katanya.

Sunday, February 21, 2016

PAS dakwa Putrajaya beku pekerja asing kerana pilihan raya Sarawak

Isu pengambilan pekerja asing sudah tentu akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. – Gambar fail AFP, 21 Februari, 2016.
PAS yakin tindakan “flip flop” Putrajaya dalam isu pengambilan pekerja asing, termasuk keputusan membekukan kemasukan mereka, merupakan tindakan sementara bertujuan mengelak ia dijadikan isu utama dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu tersebut sudah tentu akan memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRN Sarawak.

Katanya, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem akan berada dalam keadaan tersepit sekiranya beliau menyokong pengambilan warga asing secara besar-besaran tanpa menyelesaikan masalah kerja dan kehidupan yang menyelubungi rakyat negeri itu.

"Warganegara yang tertindas di negeri sendiri, terutamanya Sarawak, sudah pasti akan terasa dengan polisi kerajaan membawa sebegitu banyak warga asing ke negara ini.

"Ini tatkala hidup mereka terus dihimpit dengan kesusahan kos hidup, mencari kerja dan suasana sosiopolitik yang kian berubah kerana pertambahan warga asing yang begitu mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Bayangkan perasaan warganegara sendiri apabila melihat warga asing mendapat kerja manakala mereka menganggur; warga asing berniaga merata manakala mereka terus hidup bergaji rendah.

"Malah ada yang tiba-tiba menjadi bumiputera kerana mengahwini orang Bumiputera tempatan dan mendapat hak yang sama, malah ada yang lebih baik daripada warganegara sendiri," katanya.

Pertengahan tahun lalu, kerajaan mengumumkan rancangan membawa masuk 1.5 juta tenaga kerja dari Bangladesh bagi memenuhi permintaan industri di negara ini.

Perkara itu mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja pihak industri.

Seperti pandangan beberapa pihak sebelum ini, PAS turut mendakwa, kerajaan tetap akan meneruskan pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh itu tetapi selepas PRN Sarawak berakhir.

"Hari ini, kerajaan boleh menyalahkan kononnya majikan yang flip-flop dalam pengambilan warga asing," katanya merujuk alasan yang diberikan Timbalan Menteri dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

"Tetapi, betulkah begitu? Kerana, pelan perniagaan dan sumber manusia tidak akan secepat para menteri Barisan Nasional berubah keputusan.

"Rakyat tunggulah dan lihatlah apakah alasan kerajaan ketika itu pula untuk membolehkan pengambilan warga asing semula.

"Besar kemungkinan rakyat terpaksa tunggu sehingga PRN Sarawak selesai dahulu," kata Tuan Ibrahim.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-dakwa-putrajaya-beku-pekerja-asing-kerana-pilihan-raya-sarawak#sthash.aL3Kytjg.dpuf

Keputusan tangguh kemasukan pekerja asing hanya drama, kata Ibrahim Ali

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa keputusan membeku kemasukan pekerja asing hanya untuk meredakan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Inisder, 21 Februari, 2016.

Rakyat diminta tidak terlalu teruja dengan keputusan kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja warga asing kerana ia disifatkan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali hanya drama bagi meredakan kemarahan rakyat.

Menerusi video dimuat naik blogger Minaq Jinggo, Ibrahim mendakwa, kerajaan sebenarnya akan tetap meneruskan kemasukan 1.5 juta pekerja dari Bangladesh meskipun wujud arahan pembekuan.

"Rakyat jangan bertepuk tangan apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi buat pengumuman menghentikan kemasukan 1.5 tenaga pekerja asing.

"Kita jangan mudah teruja dengan drama, di mana, setakat penangguhan ini, untuk meredakan kemarahan rakyat.

"Tetapi sebenarnya, pekerja akan tetap dibawa masuk dengan jumlah 1.5 juta," katanya dipetik daripada video tersebut.

Tambahnya, kerajaan sebelum ini juga ada mengumumkan pemansuhan sementara kemasukan pekerja asing namun ia diteruskan secara senyap-senyap.

"Dulu pun Kabinet kata bekukan, tetapi dalam senyap-senyap meneruskan, termasuk kuota pekerja asing, peringkat demi peringkat, sampai kita lihat, berapa banyak jumlah membanjiri negara kita hari ini," katanya.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan rancangan membawa masuk 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh bagi memenuhi permintaan majikan dan industri.

Ia menerima bantahan pelbagai pihak tetapi satu memorandum persefahaman tetap ditandatangani antara Putrajaya dan Dhaka pada 18 Februari lalu.

Bagaimanapun, keesokan harinya Zahid mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber, termasuk Bangladesh, sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja asing itu.

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa kerajaan menghentikan drama memutar belit serta mengelirukan rakyat dengan keputusan yang tidak tetap.

“Jangan terus bermain drama, terus memutarbelitkan rakyat, kerana yang kita nak lihat, pembatalan terus secara muktamad, tidak ada lagi pekerja warga asing.

“Masalah kekurangan pekerja boleh kita uruskan dengan cara yang lain, banyak lagi kaedah dan bukan dengan jalan mudah,” katanya.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/keputusan-tangguh-kemasukan-pekerja-asing-hanya-drama-kata-ibrahim-ali#sthash.0fthSNC7.dpuf

Saturday, February 20, 2016

Beri peluang kepada Adenan, kata Zahid kepada pengundi Cina Sarawak

OLEH NANCY NAIS
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu pengundi Cina Sarawak supaya menutup kisah lama dan beri peluang kepada Tan Sri Adenan Satem. – Gambar fail The Malaysian Insider , 20 Februari, 2016.

Ditolak pengundi Cina dalam pilihan raya Sarawak yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merayu kepada pengundi kaum itu agar melupakan apa yang terjadi sebelum ini dan memberi peluang kepada Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dalam pilihan raya negeri yang dijadualkan berlangsung beberapa bulan lagi.

Barisan Nasional (BN) Sarawak hilang 15 kerusi dalam pilihan raya 2011 dan BN di peringkat persekutuan juga kehilangan undi popular dalam pilihan raya umum 2013, selepas pengundi Cina menyokong pakatan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat.

"Saya merayu kepada pengundi Cina, tolong beri Adenan peluang. Tolonglah tutup kisah lama. Mari kita bergerak ke depan untuk terus mengukuhkan perpaduan di negeri ini," kata Zahid kepada pemberita di Kuching hari ini.

Zahid memuji rakyat Sarawak kerana semangat perpaduan mereka, mengatakan rakyat Malaysia perlu mencontohi keharmonian yang wujud di kalangan rakyat di negeri itu.

Beliau berkata, rakyat di Sarawak, walaupun terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama, sentiasa bersatu. – 20 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/beri-peluang-kepada-adenan-kata-zahid-kepada-pengundi-cina-sarawak#sthash.kuJuBiUf.dpuf

Friday, February 19, 2016

Bole caye ke agaknye cakap die ni........?


TPM umum penangguhan pengambilan pekerja asing

Bernama Hari ini, 1:57 petang Hari ini, 2:01 petang
Kerajaan hari ini mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penangguhan itu juga bagi membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori.

Beliau berkata kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada program penggajian semula di samping meningkatkan penguatkuasaan supaya tidak ada pekerja asing baharu dibawa masuk ke dalam negara.

"Pekerja asing yang tidak ada dokumen atau tinggal lebih dari tempoh dibenarkan, mereka akan ditangkap (dan) dihantar pulang ke negara asal," katanya semasa mengumumkan perkara itu pada majlis ramah mesra bersama anggota tentera di Kem Muara Tuang, di Kota Samarahan hari ini.

Menurutnya selaras dengan hasrat itu, tindakan penguatkuasaan akan ditingkatkan secara besar-besaran dalam negara.

Ahmad Zahid berkata adalah diharapkan rakyat khususnya kumpulan belia akan menyahut seruan kerajaan untuk mengambil alih tempat pekerja asing dan menjadi sumber tenaga kerja utama negara untuk melengkapkan pembangunan ekonomi negara.

"Penangguhan ini akan berjalan sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar sebagaimana yang dikehendaki pihak industri," katanya.

Lebih 1,000 anggota tentera menghadiri program ramah mesra itu, yang merupakan program pertama Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak bermula hari ini.

Esok, Timbalan Perdana Menteri dijangka menghadiri majlis bersempena sambutan Hari Penjara di Padang Merdeka, Kuching, sebelum mengakhiri lawatan.

- Bernama

Monday, February 8, 2016

Jangan politikkan keputusan Peguam Negara kaji semula hukuman OSA - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas mengena kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mahu memulakan kempen media sosial bagi menolak cadangan meminda OSA.

JOHOR BAHARU, 7 Februari:
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan keputusan Peguam Negara untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsi Rasmi (OSA) 1972.

Bernama melaporkan Ahmad Zahid berkata keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang kerana ia berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

“Ini harus dihormati. Jika kenyataan peguam negara juga dipolitikkan maka, kita tidak ada asas untuk menolak kerana beliau mahu menegakkan perundangan bukan untuk mempolitikkan sesuatu isu… ini tidak harus dilihat sebagai isu politik oleh sesiapa sahaja termasuk pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Khas bersama UMNO Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas mengena kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mahu memulakan kempen media sosial bagi menolak cadangan meminda OSA.

Ia susulan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang memetik Mohamed Apandi sebagai berkata bahawa beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.

Peguam negara itu dilaporkan berkata bahawa beliau melihat kepada kemungkinan mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah.

Mohamed Apandi berkata wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat yang mereka perolehi juga boleh dikenakan tindakan itu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/02/07/jangan-politikkan-keputusan-peguam-negara-kaji-semula-hukuman-osa-ahmad-zahid/#ixzz3zVFfh9K7

Monday, December 28, 2015

Zahid: 'Najis terpalit' dari era dulu lagi

Kow Gah Chie
Hari ini, 2:00 petang Hari ini, 2:08 petang

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata orang ramai tidak harus menyalahkan kerajaan sedia ada terhadap kontrak penswastaan yang dibuat di era kepimpinan sebelum ini.

“Najis yang terpalit itu dibuat dari dulu,” katanya tanpa menyebut secara langsung mana-mana pihak.

Beliau juga mengakui kontrak lebuh raya, pengeluar tenaga bebas (IPP) dan kereta api ERL ke lapangan terbang berat sebelah.
Zahid enggan menamakan secara khusus pihak bertanggungjawab.

Beliau bagaimanapun dipercayai merujuk kepada perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) yang kini menjadi pengkritik keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib dalam ucapan penggulungan perhimpunan agung Umno pada 12 Disember lalu berkata kenaikan tinggi tambang ERL dari RM35 kepada RM55 hasil perjanjian ditandatangani pada 1997.

Sementara itu, Zahid hari ini berkata orang ramai juga mempunyai tanggungjawab bersama dengan kerajaan.

Zahid berkata demikian dalam sebuah acara bersama 50 NGO hari ini.

Dalam acara itu, seorang pelajar pascasiswazah bertanya sama ada kerajaan akan mengeluarkan kad diskaun pengangkutan untuk pelajar.

Menjawab soalan itu, Zahid berkata jika kad diskaun diberikan untuk ERL, kerajaan terpaksa membayar pampasan RM2.9 kepada pengendalinya Express Rail Link Sdn Bhd.

Saturday, December 5, 2015

Zahid dakwa terkena tempias kebencian terhadap Umno, dikatakan 'kuat kipas PM'

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau mempertahankan perdana menteri kerana prinsip kesetiakawanan selepas diberikan kepercayaan untuk membantu Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau turut terkena tempias golongan yang menanam kebencian mendalam terhadap Umno dan pemimpinnya terutama Datuk Seri Najib Razak sehingga dikatakan "kuat kipas", "kuat tolong" dan "kuat pertahankan perdana menteri".

Timbalan perdana menteri itu berkata beliau mempertahankan perdana menteri kerana prinsip kesetiakawanan selepas diberikan kepercayaan untuk membantu Najib.

"Jangan apabila kapal kena ribut atau dilanda gelombang, kita angkat dan tangkap nakhoda dan campak ke laut. Ini adalah sesuatu yang mengikut hukum agama sebab dalam perjuangan, sudah pasti setiap pemimpin akan mengalami ujian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian sumbangan bantuan persekolahan kepada 2,991 pelajar sekolah rendah dan menengah di kawasan Parlimen Bagan Datoh di Bagan Datoh hari ini.

Zahid, yang juga naib presiden Umno, meminta agar rakyat tidak terlalu membenci Umno serta pemimpinnya kerana mereka perlu sedar dan ingat jasa serta sumbangan parti keramat itu kepada mereka selama ini.

"Umno bukan hanya sebuah parti politik tetapi sebuah institusi sosial yang bukan hanya menterjemahkan agenda politik tetapi turut mewarnai pelbagai aktiviti sama ada dalam bidang pendidikan, agama, ekonomi dan sosial malah yang lebih penting, supaya negara kita menjadi lebih aman dan damai.

"Itu yang diperjuangkan Umno tanpa meminggirkan mana-mana agama, bangsa atau mana-mana budaya," katanya yang juga Ahli Parliamen Bagan Datoh.

Justeru, katanya, Umno sebagai parti pemerintah sanggup membuat pelaburan dalam bidang pendidikan seperti membantu membayar yuran pelajar, menyediakan duit poket serta buku teks.

"Tidak ada sebuah negara di dunia ini, sama ada kaya, membangun atau miskin, apabila pelajarnya dihantar ke sekolah ibu bapa tidak perlu membayar yuran, kerajaan yang tolong bayarkan.

"Malaysia sahaja yang berbuat demikian, bukan setakat itu, anak-anak yang miskin dapat bantuan sarapan, pakaian dan duit poket," katanya.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid. – Bernama, 5 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/zahid-dakwa-terkena-tempias-kebencian-terhadap-umno-dikatakan-kuat-kipas-pm#sthash.lY16cMTh.dpuf

Thursday, December 3, 2015

DAP kecam penjelasan 'derma' RM2.6 bilion hanya tiga minit

 oleh Fatih Hassan Nordin

KUALA LUMPUR 3 DIS: DAP kesal berikutan penjelasan mengenai ‘derma’ RM2.6 bilion yang ditunggu-tunggu ramai bukan dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya dibuat timbalannya hanya dalam masa tiga minit.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata Najib tidak wajar menyerahkan tanggungjawab itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana dana itu dimasukkan ke akaun peribadinya.

Beliau juga menyifatkan sidang Parlimen memberi keutamaan salah apabila mengambil masa singkat untuk penjelasan ‘derma’ sedangkan berjam-jam berbahas untuk menggantung Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“Rakyat pasti tidak akan dapat menerima kenyataan ringkas seumpama itu, lebih-lebih lagi ia dijawab oleh Zahid bukan Najib. Ini akan menyebabkan rakyat hilang keyakinan terhadap fungsi Parlimen,” katanya pada sidang media, hari ini.

Zahid hari ini hanya mengambil masa tiga minit untuk memberi penjelasan mengenai derma itu kononnya atas alasan skandal itu masih dalam siasatan dan tidak wajar dibincang kepada awam.

Malah, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan sebarang soalan atau berbahas dengan jawapan Zahid itu.

Pada sidang media sama, Ketua Pemuda Sosialis DAP Malaysia (DAPSY), Teo Kok Seong pula percaya pengundi akan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam sehari jika isu sebesar itu hanya dijawab dalam masa tiga minit,

Selain jawapan tiga minit itu, Chin Tong kesal berikutan sidang Parlimen dipendekkan dari 61 hari kepada 53 hari tahun depan sekaligus bimbang banyak isu rakyat tidak dapat dibahas dengan baik.

“Ia juga menyukar Ahli Parlimen membuat persediaan dalam sesebuah isu dan menyebabkan sesi Dewan Rakyat berlarutan hingga lewat malam,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-