Aedi Asri | March 12, 2016
Deklarasi itu antara lain mendesak polis bertindak tegas menghalang siri jelajah dan perhimpunan yang bakal dianjurkan pihak Deklarasi Rakyat.
KUALA LUMPUR: Ketua-ketua UMNO bahagian seluruh negara berkumpul hari ini di PWTC bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah Datuk Wira Mohd Yusoff Kassim yang mengetuai deklarasi itu, seramai 147 daripada 190 Ketua UMNO Bahagian menandatangani deklarasi itu.
Ia dilihat menguatkan lagi serangan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’ yang ditandatangani beberapa tokoh UMNO bersama-sama parti pembangkang dan NGO, terutama ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai tokoh utama di sebalik kerjasama itu.
“Kami Ketua-ketua UMNO bahagian seluruh Malaysia mencapai satu kesepakatan berhubung isu ‘Deklarasi Rakyat yang didalangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama pemimpin DAP, PKR dan AMANAH.
“Kami bersatu berikrar memberikan sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan akan mempertahankannya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Kami juga sepakat mengutuk sekeras-kerasnya dan amat kesal dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri,” katanya lagi.
Deklarasi hari ini mengulang desakan agar Majlis Tertinggi UMNO mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin UMNO yang terlibat khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Selain itu mereka juga mendesak kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas untuk menghalang siri jelajah dan perhimpunan yang bakal dianjurkan pihak Deklarasi Rakyat.
“Khususnya (anjuran) pembangkang, bertujuan meracuni dan menghasut pemikiran rakyat, berdemonstrasi di jalanan dan apa-apa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri secara tidak demokratik,” katanya lagi.
Awal minggu ini, seramai 80 Naib Ketua UMNO Bahagian mengisytiharkan sokongan terhadap Najib dan mengecam Deklarasi Rakyat.
Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Subang Datuk Zein Isma berkata deklarasi itu mendapat persetujuan kesemua 147 Ketua Bahagian yang menyertainya.
“Beberapa orang termasuk saya dilantik untuk merangka draf awal. Dan tadi kesemua kami menyemak setiap ayat dan membuat pindaan agar semua sepakat dan setuju,” katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
MalaysiaNow April 26, 2024 9:00 pagi Masa depan parti yang pernah menguasai Malaysia selama lebih 6 dekad itu semakin suram, dengan pemerh...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 25, 2024 4:37 PM Pemuda Umno menggesa kerajaan mahupun pembangkang mengadakan usul ke Parlimen bagi mengg...
-
malaysiakini.com Haspaizi Zain Diterbitkan: Apr 25, 2024 3:07 PM Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan laporan media berhubung dakwaan ker...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 25, 2024 3:33 PM Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkat...
-
agendaily.com 7/3/2022 Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan penduduk di DUN Tangkak,...
-
malaysiakini.com Diterbitkan 21 Apr 2021, 6:32 pm Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram hari ini memberitahu Mahkamah Rayuan bahawa tin...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 23, 2024 10:32 AM Pemuda MCA menggesa supaya keputusan dan hak mereka untuk tidak berkempen kepada DAP di...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -23 Apr 2024, 04:04 PM Wee Ka Siong berkata ahli MCA terguris dengan penghinaan pemimpin DAP. Presiden W...
-
bebasnews.my By Hassan Mohd Noor -22/04/2024 SEPANG — Isu sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Ku...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -19 Apr 2024, 12:14 PM Ismail Mohamed Said berkata beras, sardin dan tepung yang rosak itu dibeli untuk ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.