Thursday, March 31, 2016

Kerajaan lanjutkan kontrak RM272 juta selenggara scorpene

by ANA GHOIB2016-03-31

Kerajaan melanjutkan kontrak penyelenggaraan bernilai kira-kira RM272 juta untuk dua kapal selam Scorpene, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurutnya, pembaharuan kontrak bagi kedua-dua kapal selam itu masing-masing berjumlah RM110.95 juta dan RM161.22 juta.

“Kontrak yang tamat pada 30 November 2015 kini dilanjutkan hingga Mei 2017,” kata Hishammuddin dalam jawapan parlimen semalam.

Menurutnya, jumlah kos penyelenggaraan selama enam tahun itu berjumlah RM1.39 bilion, sebelum kontrak berkenaan tamat tahun lalu.


Oleh itu, kos terkumpul untuk kedua-dua KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak mencapai RM1.7 bilion.

Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan untuk kedua-dua kapal selam Scorpene milik negara.

Pengerusi Boustead ialah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang juga adalah pengerusi 1MDB, yang di bawah kawalan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah perdana menteri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-