Saturday, June 4, 2016

PAS sedar DAP di belakang PAN dalam PRK

 Berita Utama
KOTA BHARU, Jumaat PAS menyedari bahawa parti rasis dan cauvinis DAP berada di belakang Parti Amanah Negara (PAN) dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS tidak bimbang walaupun, berlaku pertandingan tiga penjuru kerana mempunyai banyak pengalaman bagi menanganinya.

Beliau menganggap pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya di negara ini adalah aliran baharu sekarang, sedangkan sebelum ini ia disepakati hanya pertembungan dua penjuru.

Katanya, sebelum ini tidak berlaku pertembungan sesama pembangkang dan hanya berdepan dengan Barisan Nasional (BN), sebaliknya kini berlaku bertembung tiga penjuru antara PAS, BN dan PAN.

“Dalam PRK sebelum ini tidak pernah mengalami situasi seperti di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

“Kita tahu yang berada di belakang PAN ialah DAP biarpun parti itu tidak bertanding. PAS mempunyai banyak pengalaman dalam situasi begitu,” katanya ketika menggulung perbahasan di muktamar PAS di Putik, hari ini.

Katanya, PRK itu adalah medan ujian bagi parti terbabit untuk melihat sejauh mana sokongan diterima di peringkat akar umbi.

“Test case namun PAS sudah banyak pengalaman dalam pilihan raya. PAS sudah tunjuk komitmen yang tinggi.

“Apa yang kita tengok sekarang yang benar-benar hendak lawan PAS ialah PAN. UMNO semua orang sudah tahu sejak daripada dahulu menentang PAS,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-