Tuesday, July 26, 2016

'Grand Coalation' Impian DAP hampir jadi kenyataan

 AIDCNEWS
AIDCNews – 25/7/16 –‘Grand Coalation’ yang diilhamkan DAP melalui retreat DAP Selangor pada Mac lalu hampir menjadi kenyataan apabila terbentuknya parti baharu Tun Mahathir yang bakal menyertai gabungan pembangkang tersebut.

AIDCNews 3 Mac lalu mendedahkan dua modus operandi DAP untuk menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) iaitu dengan penubuhan Pakatan Harapan (PH) dan Grand Coalition (GC).
PH telah berjaya ditubuhkan pada pada 22 September tahun lepas, manakala GC bakal menyusul tidak lama lagi sebagai persediaan terakhir menghadapi PRU 14.

Kedua-dua platform ini diilhamkan oleh pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang bagi mencapai impian perjuangan parti itu untuk mewujudkan Malaysian Malaysia (Malaysia Untuk Rakyat Malaysia).

Selanjutnya, sila baca “‘Grand Design’ DAP Untuk Menawan Putrajaya @ Impian Malaysia” dan “Propaganda DAP Letakkan Tun Mahathir Di Bawah ‘Tags’ : Grand Coalation
AIDCNews, 15 Julai lalu mendedahkan pengakuan Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah yang berkata parti baharu yang bakal diwujudkan Tun Mahathir adalah sebahagian daripada gerak kerja PH untuk mewujudkan platform pembangkang yang lebih besar.

Platform pembangkang yang lebih besar inilah yang dimaksudkan Kit Siang sebagai GC.

Berkaitan dengan bentuk gabungan itu, Saifuddun berkata ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti “PH Plus” atau “PH & Co”.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-