Tuesday, September 20, 2016

Pembangkang tidak pernah kekal kerana saling tikam belakang rebut kuasa

     Sikap pembangkang yang saling tikam belakang antara satu sama lain menjadi punca pakatan berkenaan tidak akan kekal berpanjangan yang akhirnya akan berkubur ditengah jalan.

ADUN Kota Damansara, Halimaton Saadian Borhan berkata, hal tersebut jelas kelihatan apabila pakatan pembangkang kerap kali membuat rundingan menerusi 'jalan belakang' ekor masing-masing mempunyai agenda tersirat.

“Sebab itu kalau kita lihat pakatan pembangkang ini tidak pernah kekal kerana mereka tidak jujur sesama mereka dan sentiasa ada drama tikam belakang terutama dalam berebut kerusi pilihan raya”, katanya.

Ujarnya, berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa berunding secara terbuka untuk mencapai konsesnsus menyebabkan gabungan berkenaan kekal relevan sehingga kini.

“Inilah formula bagaimana BN terus dapat bersama.

"Jika ada masalah misalnya seperti pertindihan kerusi pilihanraya segalanya akan diselesaikan menerusi perbincangan bersama secara konsensus bukan menerui rundingan pintu belakang seperti yang berlaku dalam pembangkang," katanya lagi.

Tegasnya, sikap tikam belakang dikalangan pembangkang bukanlah sesuatu yang mengejutkan dan ianya membuktikan amalan politik licik mereka dalam mencapai matlamat masing-masing.

“Ini sudah dijangka dan ini kita sedia maklum. Antara mereka hanya atas kertas sahaja nampak cantik namun di sebaliknya adalah penuh dengan perasaan curiga-mencurigai antara satu sama lain. Itulah mereka…dan itulah amalan politik mereka,” ujarnya.

- Malaysia Digest

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-