Wednesday, October 12, 2016

Keputusan semakan kes Anwar ditangguh

SITI AZIELAH WAHI
12 OKTOBER 2016. 
Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menangguhkan keputusan semakan yang dikemukakan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan bersalah dan penjara selama lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan yang dikemukakan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan hujahan balas oleh pendakwa raya Datuk Ahmad Kamal Md Shahid.

Korum itu turut dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan Sri Richard MalanjumTan Sri Hasan Lah; Tan Sri Abu Samah Nordin; dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pasukan peguam bela Anwar bantah panel]

Selain Ahmad Kamal, pasukan pendakwa raya dibarisi Awang Armadajaya Awang Mahmud, Wan Shaharuddin Wan Ladin, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Zhafran Rahim Hamzah.

Anwar pula diwakili peguam, Datuk Sri Gopal Sri Ram, N Surendran, R Sivarasa, Sangeet Kaur Deo, J Leela dan Latheefa Koya.

Semakan itu merupakan usaha kedua Anwar supaya dibebaskan daripada tuduhan meliwat selepas Lembaga Pengampunan yang bermesyuarat pada 16 Mac tahun lalu, menolak petisyen pengampunan Anwar dan menyatakan hukuman penjara lima tahun terhadapnya perlu diteruskan.

Anwar memfailkan semakan itu mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-