Tuesday, January 10, 2017

Pakatan mahu anjur himpunan kemarahan rakyat

WARTAWAN SINAR HARIAN
10 JANUARI 2017
Mohamad Sabu
SEBERANG JAYA - Selepas menganjurkan Perhimpunan Bersih 5.0 tahun lalu, Pakatan Harapan sekali lagi mahu menganjurkan perhimpunan mega bagi menunjukkan kemarahan rakyat terhadap skandal rasuah yang semakin berleluasa di negara ini.

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu berkata, perhimpunan itu akan diadakan sebelum pilihan raya umum yang akan datang di seluruh negara dan Kuala Lumpur sekali lagi menjadi medan utama untuk rakyat berkumpul bagi menyatakan bantahan terhadap masalah berkenaan.

Menurutnya, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menghubunginya sebelum ini bagi menyatakan hasrat sama mengadakan perhimpunan itu dan berharap seluruh lapisan masyarakat turut menyertainya apabila tarikh perhimpunan itu ditentukan kelak.

"Perhimpunan ini diadakan kerana rakyat semakin marah dengan isu rasuah yang dilihat seperti tidak dapat dibendung lagi.

"Bukan sahaja diperingkat bawahan sahaja berlaku rasuah ini malah sekarang kita boleh dengar banyak pegawai di peringkat tertinggi

ditangkap dengan hasil wang sogokan yang tidak masuk akal,"katanya ketika menyampaikan ceramah pada perhimpunan solidariti bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini, malam tadi.

Turut hadir dalam perhimpunan berkenaan, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan kepimpinan Pakatan Harapan lain.

Sementara itu, Mohamad Sabu mendakwa, masalah rasuah dilihat akan terus berlaku sekiranya seorang individu yang berkait dengan skandal RM 2.6 billion tidak ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-