Sunday, January 15, 2017

PAS jawab isu tidak hadir ke majlis pelancaran PPBM



tun-mAIDCNews -15/01/17 –Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata keputusan PAS tidak menghantar wakil ke majlis pelancaran PPBM semalam adalah tepat kerana parti baharu serpihan UMNO itu tidak ikhlas menjemput parti Islam.

“Tidak ada gunanya menghantar wakil-wakil semata-mata untuk disindir. Jika benar hendak berunding dengan PAS, kenapa perlu menghina PAS?
“Tun Mahathir jelas tidak ikhlas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada sindiran Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucap utamanya yang membayangkan PAS sebagai parti yang akan memecah-belahkan undi untuk memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
kerusi_iskandarSementara itu, Malaysia Dateline memaparkan sebuah kerusi yang ditulis nama ‘YB Ir Datuk Iskandar Abdul Samad, Naib Presiden PAS’, namun beliau tidak hadir ke majlis pelancaran PPBM itu.
“Walaupun Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad dijadualkan hadir dengan adanya kerusi yang disediakan untuk beliau, namun beliau tidak muncul. Hanya ahli parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hadir dengan baju hijaunya.
“Keputusan untuk tidak menyertai majlis pelancaran Bersatu dipercayai dibuat di saat akhir iaitu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat petang tadi,”lapor portal pro PAN itu.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-