Monday, February 6, 2017

Ku Nan kini dakwa semua kaum 'dipinggirkan' di Pulau Pinang

Alyaa Alhadjri

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa bahawa bukan sahaja orang Melayu yang dipinggirkan di bawah pentadbiran negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.

Sebaliknya, kata beliau, di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng, semua kaum diketepikan.

“Bukan Melayu saja dipinggirkan. Semua bangsa dipinggirkan di Pulau Pinang!

“Dia pilih bangsa Melayu saja. Saya kata semua bangsa. Kalau kita di Wilaya Persekutuan boleh pastikan harga rumah berpatutan kepada rakyat, kita pastikan kita nak kurangkan kekangan hidup warga Wilayah.

“Masalah harga naik lain-lain. Dia (DAP) makan cili dia rasa pedas,” kata Tengku Adnan kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina kementeriannya di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Beliau mengulas mengenai laporan polis yang dibuat terhadapnya awal hari ini oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berhubung kenyataannya bahawa 'Melayu terabai di Pulau Pinang' .

Lim membuat laporan itu berdasarkan kenyataan Tengku Adnan yang dipetik agensi berita nasional Bernama pada Sabtu lalu sebagai berkata "Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu."

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-