Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Wednesday, April 5, 2017

BERSATU lancar jelajah berhubung 'penyelewengan BN'

Geraldine Tong
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan melancarkan jelajah pada 14 April bagi meningkatkan kesedaran mengenai "penyelewengan dilakukan oleh BN".

Jelajah bertajuk 'Selamatkan Malaysia, Selamatkan Rakyat atau Semarak itu akan bermula di Pasir Puteh Kelantan, di mana ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti itu dijangka hadir, kata Ketua Penerangan BERSATU, Kamarudin Md Nor.

Kamarudin pada sidang media di Ibu Pejabat BERSATU di Petaling Jaya berkata orang ramai dijemput menghadiri jelajah berkenaan bagi mendapatkan meklumat terkini bagi "menyelamatkan Malaysia dan menjatuhkan kerajaan BN".

Program-program yang dijadualkan pada pameran itu bertujuan untuk:

1. Memberi maklumat dan kesedaran kepada orang ramai tentang penyelewengan oleh pucuk pimpinan BN;

2. Meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan BERSATU dan gabungan pembangkang, Pakatan Harapan untuk mentadbir negara ini dengan lebih baik; dan

3. Mendekati rakyat dan menarik sokongan pengundi menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dijadual mengumumkan kepimpinan baru Srikandi BERSATU, termasuk ketuanya Rina Mohd Harun.

Rina yang merupakan lepasan siswazah pengurusan perbankan dan kewangan, adalah bekas ahli jawatankuasa Puteri Umno dari 2009 hingga 2013.

Jawatan terakhir beliau dalam Umno adalah sebagai ketua cawangan Wanita Umno Bandar Baru Salak Tinggi dari 2013 hingga 2016.