Thursday, March 29, 2018

Persempadanan semula bantu kemenangan BN : Penganalisis

WARTAWAN SINAR HARIAN
29 MAC 2018


SHAH ALAM -
Persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya akan menjadi salah satu faktor kepada kemenangan BN pada PRU14.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, walaupun persempadanan semula mengambil kira faktor kepesatan sesuatu kawasan dan pertambahan penduduk, sepatutnya perbezaan dari saiz kawasan dan jumlah pengundi tidak boleh ketara.

“Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara ini, malah turut berlaku di Amerika Syarikat di bawah pemerintahan Donald Trump sendiri. Sebab itu, kalau kita lihat kawasan-kawasan Parlimen dimenangi DAP lebih besar dan ramai pengundi berbanding BN.

“Kita ambil contoh di Dun Cempaka yang ditukar kepada Pandan Indah, ramai pengundi Melayu Ampang kira-kira 8,000 orang masuk ke sana dan pengundi Cina ke Ampang sekitar 3,000 ke 4,000 orang, ini salah satu contoh,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berpandangan, walaupun secara kasar BN mendapat kelebihan daripada persempadanan semula ini, namun impak terhadap mereka tetap ada.

“Benar kira-kira 60 kawasan pembangkang terjejas disebabkan persempadanan semula berbanding BN seperti di Selangor, Melaka dan Perak tetapi impak tetap ada kerana faktor pola kecenderungan pengundian.

“Umum mengetahui pola kecenderungan pengundi di bandar berbeza dengan luar bandar. Kalau di bandar, pengundi lebih cenderung mengundi pembangkang dan di luar bandar adalah BN,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-