Friday, May 11, 2018

[UPDATE] Shafie Apdal dapat majoriti mudah

MyMetro
Utama

MOHD Shafie pada sidang media di kediamannya. FOTO Khairull Azry Bidin

Team NSTP
cnews@nstp.com.my

PRESIDEN Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan gabungan parti itu bersama PKR dan DAP kini memiliki 35 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan di Sabah.

Mohd Shafie berkata, ia berikutan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) bersama 29 ADUN WARISAN, PKR dan DAP sudah menandatangani surat menyokong beliau untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

Katanya, surat sokongan itu sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, Kota Kinabalu, hari ini.

Enam ADUN BN yang 'menyeberang' ialah dua dari Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Abidin Madingkir (Paginatan) dan Ewon Benedick (Kadamaian), selain empat dari UMNO iaitu Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabong).

"Kita meminta semua pihak supaya menghormati kedudukan kami untuk membentuk kerajaan. Pihak yang berkenaan (Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman) perlu meletakkan jawatan," katanya dalam sidang media di rumahnya di Bukit Padang, hari ini.

Turut hadir dalam sidang media itu, enam ADUN BN terbabit serta Pemangku Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau dan Setiausaha Agung UPKO, Datuk Donald Mojuntin.

Berita berkaitan:
Shafie menghadap Yang di-Pertua Negeri/a>

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-