Thursday, October 18, 2018

Betul ke meliwat? Ini jawapan Anwar

Published on October 17, 2018
in Nasional by webadmin

BESTARI JAYA – Salah seorang penuntut Universiti Selangor (Unisel) menarik perhatian hadirin pada sesi soal jawab bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila bertanya berhubung adakah benar sama ada Presiden PKR itu terlibat atau tidak dalam isu liwat.

Penuntut jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua ( TESL) itu berkata, inilah masa sesuai Anwar membersihkan nama beliau selepas dibebaskan daripada dakwaan berhubung kes liwat yang dihadapi beliau selama ini.

“Saya nak tahu, sama ada pihak mana yang bersalah dalam kes liwat terdahulu sama ada Datuk Seri (Anwar) bersalah atau ini satu fitnah pihak sebelah sana?,” soalnya pada Program Bersama YB Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Canselor Unisel Kampus Bestari Jaya, di sini, malam tadi.

Anwar ketika menjawab soalan itu berkata, beliau menegaskan tuduhan itu tidak berasas dan cubaan memfitnah beliau .

“Ini soal dakwaan. Kita telah terangkan.

“Sekarang dah 2018, kamu (merujuk soalan penuntut terbabit) baca, dengar apa?. Itu kamu baca surat khabar tahun 2015… kita telah terangkan secara jelas melalui Facebook dan YouTube,” katanya.

Beliau turut menasihati penuntut Universiti supaya sentiasa rajin membaca buku dan mengikuti perkembangan semasa.

“Jangan terlalu malas sehingga minda sendiri tidak terbuka,” katanya.

Anwar berkata, Yang dipertuan Agong turut menasihatkan beliau membersihkan namanya dari segala tuduhan salah laku pada hari beliau dibebaskan.

“Selepas dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh, baginda menasihatkan saya supaya membersihkan nama dari tahun 1998 sehingga 2018.

“Ini bukan sebab kuasa, tetapi baginda percaya saya tidak bersalah. Malah, saya tahu ada pelanggaran hukum di situ,” katanya.

Beliau memberitahu, segala fitnah dan tomahan dilemparkan seperti itu tidak lagi berlaku pada kerajaan sekarang.

“Sebab itu, apabila berkuasa, jangan biarkan perkara zalim seperti ini berlaku kepada orang lain, “katanya.

Source: SH Nasional
[featured-video-plus]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-