Saturday, October 20, 2018

Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja Islam, hak keistimewaan Melayu, bahasa kebangsaan akan terancam

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
tyrazalhe 
20/10/2018


KUALA LUMPUR, 11 Safar 1440H, Sabtu – Agenda kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 bertujuan menghapuskan institusi diraja, kata Pegamal Undang-undang, Khairul Azam Abd Aziz.

Beliau berkata, antara lain agenda liberalisasi ini juga ialah mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu; menyamaratakan agama Islam dengan agama lain; serta tidak selesa dengan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.

“Sekarang ini, mereka tidak boleh mempersoalkan perkara dalam Perlembagaan kerana Akta Hasutan masih ada. Oleh kerana mereka telah mengambil alih kerajaan, maka mereka ada beberapa langkah lagi untuk menghapuskan akta ini supaya agenda liberalisasi, kesaksamarataan dan sebagainya dapat dilakukan tanpa sebarang halangan.

“Mereka berhujah menyatakan negara-negara maju tidak mempunyai Akta Hasutan mengapa Malaysia perlu ada. Mereka lupa beza negara kita dengan negara-negara lain, kerana kita mempunyai pelbagai bangsa, agama dan bahasa pertuturan. Maka sebab perbezaan itulah, kerajaan kita sebelum merdeka sehingga kini ada Akta Hasutan.

“Ini kerana hasutan boleh membawa kacau-bilau dalam negara,” katanya pada Forum Tergempar Kekalkan Akta Hasutan anjuran Biro Undang-undang dan Perlembagaan Perkasa di sini, hari ini.

Khairul Azam berkata, siri jelajah di seluruh negara akan diadakan dengan memanggil beberapa lagi tokoh untuk bercakap mengenai kepentingan mempertahankan Akta Hasutan, di samping mengumpul tanda tangan sebagai sokongan untuk mengekalkan akta ini dan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Katanya, sokongan diperlukan bagi mempertahankan Akta Hasutan ini bagi menjaga keamanan negara.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyatakan, Kabinet memutuskan untuk menggantung sementara tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.

Keputusan tersebut selari dengan ikrar PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu iaitu untuk menghapuskan Ășndang-undang yang menindas.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-