Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Tuesday, December 10, 2019

Yusoff Rawther langkah keluar Bukit Aman selepas 8 jam disoal

Robin Augustin and Joel Shasitiran
-December 9, 2019 9:43 PM

Yusoff Rawther bersama peguamnya, Haniff Khatri (kiri) meninggalkan Bukit Aman.

KUALA LUMPUR: Muhammed Yusoff Rawther yang menuduh Presiden PKR, Anwar Ibrahim melakukan serangan seksual, akhirnya melangkah keluar dari Bukit Aman kira-kira 8 jam selepas hadir untuk memberi keterangan.

Ditemui pemberita di ibu pejabat polis persekutuan itu, peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada seseorang dengan niat hendak mencabul kehormatan.

“Polis akan memanggilnya jika ada apa-apa perkembangan.”

Anwar menafikan dakwaan serangan seksual, mengatakan ia bermotif politik, menjelang kongres nasional tahunan PKR, dan pada hari yang didakwa beliau sedang berkempen pada pilihan raya kecil Port Dickson. Peguam Anwar, Ramkarpal Singh akan menyerahkan surat tuntutan kepada Yusoff.

Yusoff memberitahu pemberita keluarganya sepenuhnya bersamanya, dan berharap orang-orang lain yang bukan ahli keluarga tidak terlibat dalam kes itu.

Bapa Yusoff, Muhammed Ali Mohammed Idris membalas kenyataan bapa saudaranya, Mohideen Abdul Kader mengenai Yusoff dan tuduhannya.

Mohideen mengkritik Yusoff, mengatakan dia renggang daripada keluarga sejak kematian datuknya, SM Mohamed Idris, dan ada ego.

Ali berkata Mohideen tidak dalam apa jua cara mewakili pandangan keluarganya, dan juga tidak bercakap bagi pihak mereka.

Yusoff berkata dia bertemu seseorang seperti Mohideen setahun sekali di hari raya.

“Tiba-tiba dia jadi pakar tentang hidup saya dan saya sedikit terkejut. Keluarga saya tampil dan mengeluarkan kenyataan. Saya tidak mahu mengulas,” katanya.

“Saya berharap orang yang bukan sebahagian keluarga saya tidak melibatkan diri dalam perkara ini.”

No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-