Monday, December 9, 2019

Kemelut PKR: Kerajaan PH boleh tumbang bila-bila masa



INI isu rumah tangga PH. Tetapi PH adalah pakatan yang membentuk Kerajaan Persekutuan.

Ada yang memperkecil dan mendakwa bahawa Geng Azmin Ali cuma ada 13 Ahli Parlimen bersama mereka. Sedangkan 37 kekal setia dan obses bersama Anwar, sedikit pun Anwar tidak terjejas dengan pemberontakkan ini.

Harus diingat Azmin punya dukungan kuat daripada Tun Dr Mahathir dan PBBM punya 26 kerusi. Tun lebih cenderung pada Azmin berbanding Anwar dan ini bukan rahsia lagi.

Kerajaan PH terbentuk atas sokongan 139 Ahli Parlimen termasuk dari Warisan.

Majoriti mudah membentuk kerajaan adalah 112 kerusi. Parlimen punya 222 kerusi.

Benar peluang Anwar menjadi PM 8 tidak terjejas dengan pemberontakkan Azmin semat-mata tetapi kiranya Tun terus bersama Azmin 13 + 26 = 39 kerusi. Tolak 39 dari 139 bermakna jika Geng Azmin dan PBBM memilih “keluar” PH cuma tinggal 100 kerusi dan dengan itu bukan sahaja Anwar tidak layak jadi PM 8 malah dengan cuma 100 kerusi runtuhlah kerajaan PH!

Tun tidak rela menyerah kerusi PM pada Anwar yang beliau tahu bermasalah.

Sesungguhnya kedudukan sekarang sangat cemas. PKR Anwar, DAP dan Pan sudah goyang dan kerajaan PH boleh tumbang bila-bila masa.

Tumbang PH siapa yang naik? Itu cerita lain.

 – Buletin Asia

ROSLAN SHAHIR DATUK MOHD SHAHIR
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Buletin Asia*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-