Wednesday, February 19, 2020

Pegawai Anwar gagal buang perenggan dalam saman Yusoff Rawther

BERITA

Dua pembantu Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam permohonan untuk membuang beberapa perenggan dalam saman Muhammad Yusoff Rawther terhadap mereka.

Bahagian yang ingin dibuang itu didakwa mempunyai motif politik serta menyalahgunakan proses mahkamah demi kepentingan politik.

Dalam dua Mahkamah Sesyen Shah Alam yang berbeza hari ini, hakim-hakim menolak permohonan itu dengan kos terhadap setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan setiausaha akhbar Tunku Nashrul Tunku Abaidah.

Permohonan itu difailkan kedua-duanya pada 25 Okt tahun lepas.

Yusoff yang mengaku sebagai bekas pembantu penyelidik Anwar, menyaman mereka pada September tahun lepas dengan mendakwa dua individu itu menyerangnya secara fizikal di pejabat Anwar di Bukit Gasing, Petaling Jaya, pada Mei tahun lepas.

Farhash cuba membuang sembilan perenggan daripada kenyataan tuntutan Yusoff.
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak 
Farhash mendakwa perenggan itu merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana tidak relevan dengan saman utama, bermotif poliftik, dan "gimik politik" dengan menghubungkan perkara itu kepada Anwar, yang tidak terlibat dalam insiden yang dikatakan itu.

Dalam saman sama, Tunku Nahsrul cuba membuang lapan perenggan atau subperenggan yang berkaitan dengan Anwar, yang juga mengatakan bahawa mereka tidak berkaitan dengan saman utama.

Hakim Fathiyah Idris menolak permohonan Farhash hari ini, manakala Hakim Ishak Bakri menolak permohonan Tunku Nashrul dengan kos RM1,000 kepada plaintif, Yusoff.

Pengurusan kes ditetapkan pada 3 Mac. Semua pihak diperintah untuk memfailkan dokumen praperbicaraan pada tarikh tersebut.

Farhash merupakan pengerusi PKR Perak dan ahli majlis pusat pimpinan PKR, diwakili peguam Muhammad Azwar Ab Manab dan Azrul Haziq manakala, Yusoff diwakili Haniff Khatri Abdulla.

Azwar dan Azrul juga mewakili Nshrul, sementara Nasbal Harum menghadiri bagi pihak Haniff.

Pada tahun lepas, Yusoff mendakwa bahawa dia diserang secara fizikal di pejabat Anwar dan pada sidang media 3 Disember.

Dalam sidan gmedia itu dia mendakwa diserang secara seksual oleh Anwar.

Pada 14 Jan, Jabatan Peguam Negara berkata tidak akan mendakwa Anwar atas dakwaan serangan seksual terhadap Yusoff kerana kekurangan bukti.

Pada 24 Jan, Farhash menyaman Yusoff atas tuduhan Yusoff mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dengan pengetahuan ia akan dilaporkan media tempatan.

[Baca berita asal]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-