Klik kelaman FaceBook Wak Labu Farm

Saturday, October 24, 2020

Covid-19: 1,228 kes baharu hari ini, tertinggi direkodkan

AGENDABERITA UTAMANASIONAL
selangorkini.my
October 24, 2020 6:12 pm

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyampaikan statistik jangkitan pada sidang media perkembangan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Putrajaya pada 3 Oktober 2020.
 Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 24 OKT: Jumlah kes positif Covid-19 dalam negara mencatatkan jumlah tertinggi pernah direkodkan apabila 1,228 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 adalah sebanyak 25,742 kes.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 melonjak kepada 8,966 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata bilangan pesakit pulih Covid-19 seramai 671 menjadikan jumlah kumulatif pesakit pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 16,555 kes.

“Terdapat pertambahan tujuh kes kematian berkaitan Covid-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 221 kes,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata sehingga kini, terdapat 92 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.




No comments:

Post a Comment

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-