Friday, October 16, 2020

Janji Anwar junjung Islam, Melayu sekadar manis di mulut

ainulillia
ismaweb.net
Cara fikirnya menjurus pluralisme, kata-kata penuh liberalisme
BANGI, 28 Safar 1442H, Jumaat – Rakyat dinasihat supaya tidak mudah tertipu dan sentiasa berwaspada dengan kata-kata orang politik termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun Ahli Parlimen Port Dickson itu melaungkan bahawa beliau akan menjunjung peruntukan Perlembagaan, Islam, Melayu dan raja-raja Melayu jika memegang tampuk kuasa pemerintahan negara ini, ia tetap hanya sekadar kata-kata politik semata-mata.

Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman mendakwa, ini kerana Anwar adalah seorang yang berideologikan demokrat.

Menjelaskan perkara itu, beliau mendakwa, perjuangan Islam yang dituturkan Anwar hanyalah untuk meraih undi rakyat sahaja.

“Identiti Islam dan Melayu di negara ini boleh ke disandarkan pada Anwar Ibrahim? Yang cara fikirnya menjurus ke arah pluralisme agama. Dia ada ciri-ciri itu. Jelas sangat-sangat dalam kenyataan-kenyataan dia.

“Kita kaji dia punya sejarah, kenyataan, komitmen dia selama berpuluh tahun, kita boleh buat kesimpulan macam itu.

“Jadi memang tak boleh nak diletak harapan pada dia,” katanya dalam satu potongan video di media sosial, hari ini.

Ustaz Mohd Hazizi menegaskan, isu utama di sini adalah isu kuasa dan identiti negara, bukan sekadar pada namanya sahaja.

“Namanya Islam dan Melayu. Tapi perangai tak serupa Islam dan Melayu.

“Bila dia berdepan dengan kaum Cina dan India, dia melafazkan kata-kata yang penuh dengan liberalisme dan pluralisme. Jadi ini masalah yang benar-benar berbahaya,” tegasnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

3 comments:

  1. Waw. Kalau tk betulll fitnah tu.. Tak takut ke

    ReplyDelete
  2. sapa Mohd Hazizi Ab Rahman ni. maaf tak kenai lagipun muka menjengkelkan...... hj hadi lagi hensen

    ReplyDelete
  3. Ya benar dan tempat sekali bahasa aljuburri ini bahaya takblh jadi pm sebab dia practice liberalism sepeti mustafakamal atatuek of turkey yg juga ( ataturk adalah seorzng yg murtad).dan kurang Iman.Aljuburri juga ada kes lewat dan pernah nasuk penjara Dan tidak blh dipercayai. TAK LAYAK:JADI PEMIMPKN YG MEMALUKAN MSIA!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-