Friday, January 22, 2021

Lagi akar umbi desak Zahid lepaskan jawatan presiden Umno

malaysiakini.com
Diterbitkan 22 Jan 2021, 11:16 am

Semakin ramai akar umbi Umno mula berani mendesaj supaya Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan sebagai presiden parti.

Jika sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Pontian, Helmi Buang, Ketua Pemuda Umno Seremban, Zool Amali Hussin dan beberapa yang lain mahu Ahmad Zahid berehat secara terhormat, kali ini, Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman juga meluahkan saranan yang sama.

Portal Berita Harian Online memetiknya sebagai berkata, kemelut pimpinan tertinggi Umno, khususnya ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan ahli parlimen sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan Perhimpunan Agung Umnno 2018 berlarutan tanpa penyelesaian.

"Tindak tanduk ahli MKT dan ahli parlimen yang tidak terarah mendedahkan Umno kepada kehilangan keyakinan orang Melayu yang sangat diperlukan bagi menghadapi PRU-15.

“Arah tuju yang tidak jelas berserta lemah ketegasan tindakan membawa kesan kepada daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli Umno," katanya.

Dia juga dipetik sebagai berkata, kesan langsung pendakwaan salah laku terhadap pimpinan Umno membawa beban berat kebangkitan semula parti Melayu itu.

Katanya, ahli parti tidak dapat melihat dengan jelas kewajaran mendukung pemimpin yang dipecat oleh ahli MKT sendiri.

"Penolakan kerjasama dengan Bersatu oleh Umno bahagian jelas memperlihatkan ketegasan penolakan ahli Umno terhadap pimpinan kerajaan Bersatu.

"Oleh itu, demi bangsa Melayu, Umno, kesetiaan dan kegigihan 3.6 juta ahli parti, Datuk Seri (Ahmad Zahid) wajar melepaskan tanggungjawab sebagai presiden Umno," katanya.

Ahmad Zahid pada 2018 pernah “bercuti” dan menyerahkan tugasnya, termasuk termasuk jawatan pengerusi BN, kepada timbalannya Mohamad Hasan.

Ia susulan tindakan beberapa anggota parlimen Umno keluar parti serta kritikan bahawa Umno tiada hala tuju di bawah pimpinannya.

Selepas setahun, Ahmad Zahid bagaimanapun kembali memegang jawatan itu.

1 comment:

  1. Tu dia, EJEN2 pro-BERSATU liberal PARASIT dlm. UMNO - sdg. MENYERANG YAB DS Zahid habis2an - utk. terus mengHANCUTkan UMNO dr. dalam!!

    Apa hak si PARASIT2 Melayu LIBERAL dr parti DIKTATOR Bukan lagi Pribumi, BERSATU - sewenang2nya nak HARAMkan UMNO pula?!

    Makin GILA KUASA betul si PARASIT2 Melayu LIBERAL Bersatu ni!!

    Disyaki, si PARASIT2 Bersatu ni juga akan menjadikan mantan PM AGUNG Orang Asal ISLAM/MELAYU kita, YAM DS Najib, keluarga beliau & Pemimpin2 UMNO lain - sbg. "KAMBING2 KORBAN" (SCAPEGOAT) - utk. memPERGUNAkan SISTEM PERUNDANGAN & KEHAKIMAN yg. telah diJAHANAMkan oleh rejim PH PARASIT & diSAMBUNG legasi amat JAHAT ni oleh Melayu2 LIBERAL Bersatu DIKTATOR ni - dlm. kes2 1MDB/SRC PENIPU!

    Sbb. tu skrg. si PARIAH PENIPU gopal sri ram- geng tommy thomas PENIPU tu - bukan main lagi dah jadi PENYOKONG KUAT si rejim DIKTATOR Muhyiddin/BERSATU liberal ni, serta juga MAHKAMAH RAYUAN dah diKUASAI Hakim2 bangsa INDIA (di mana YAM DS Najib sdg. kemukakan rayuan atas hukuman penjara 12 thn. oleh HAKIM SIVIL Mahkamah TINGGI yg . TAK berintegriti & prejudis)!!

    Di - http://theunspinners.blogspot.com/2021/01/pengharaman-umno-akan-lebih.html?m=1

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-