Monday, August 5, 2013

JAKIM boleh selesaikan masalah dengan menghukum Chetz???

Sunday, August 4, 2013
JAKIM mahu Chetz dihukum



Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan Maznah Yusof atau dikenali sebagai Chetz yang memuatnaik video beliau menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam laman Facebook sebagai perbuatan menghina Islam.

Berikutan itu JAKIM diarah memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.

diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selepas menyampaikan bantuan Aidilfitri kepada pengawal keselamatan dan pendakwah bebas di sini semalam.

Menyentuh sensitiviti

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata SKMM akan merujuk kes itu kepada JAKIM kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam sebelum diklasifikasi sama ada menghina agama

Wak kurang setuju jike kes Chetz dengan anjing nye ni di selesaikan dengan hukuman. Ade banyak kemungkinan2 yang terjadi di dalam pemikiran Chetz ni ketike ia bikin klip video tu. Wak yakin perbuatan nye itu berkemungkinan disebabkan kurang pengetahuan nye dalam seluk beluk agama islam.

Ini adelah kesalahan yang pertame dan berkemungkinan tidak disenghajekan nye. Dengan memaafkan nye dan memberikan bimbingan serte ajaran adelah lebih bermenafaat. Sebenar nye ade lebih ramai lagi di luar sane yang melakukan perkare yang lebih buruk tentang penghine an agama islam.

Di bawah ni Wak terjumpe satu klip video yang agak lebih parah lagi jike dibandingkan dengan klip video anjing. Mampu kah JAKIM menangkap dan menghukum orang yang berkenaan dalam klip video di bawah ni?


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-