Sunday, June 21, 2015

Apakah Azmin akan tunduk kepada tekanan DAP kuasai Selangor tanpa PAS?

Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia mempersoalkan sama ada Menteri Besar, Azmin Ali akan berpegang kepada aku janji jawatan Menteri Besar ketika mengangkat sumpah memegang Lembing Sembuana. - Foto TRP/Daniel Chan

KUALA LUMPUR, 21 Jun:

Pergolakan dalam pakatan pembangkang disifatkan masih baru yang diibarat ‘bara belum tentu menjadi api’.

Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyanggah perisytiharan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa kerjasama pakatan telah berakhir.

Dengan kata lain, kata Awang, Hadi tegaskan pakatan masih wujud tanpa DAP, sebagaimana DAP menolak PAS.

“Itulah tindak balas Guan Eng selepas Hadi kekal sebagai Presiden dan semua pemimpin PAS pro DAP tewas pada pemilihan baru-baru ini.

“Kini penentuan kepada PKR terutama dalam konteks kerajaan negeri di Selangor,” katanya.

Sehubungan itu, Awang turut mempersoalkan sama ada Menteri Besar, Azmin Ali akan berpegang kepada aku janji jawatan Menteri Besar ketika mengangkat sumpah memegang Lembing Sembuana.

“Akan derhakakah beliau dan apa musibahnya? Azmin kini menjadi perhatian termasuk spekulasi berkaitan hubungan dingin dengan Sultan Selangor?

“Juga persoalan apakah beliau akan tunduk kepada tekanan DAP menguasai pentadbiran kerajaan negeri tanpa PAS?

“Tidak kurang perhatian kepada bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menimbang menubuhkan parti baru,” katanya.

Jelasnya, walaupun skeptikal kepada penubuhan parti politik bersifat serpihan tetapi Awang mencadangkan agar Mat Sabu dan ‘gengnya’ yang ditolak semasa pemilihan, keluar sahaja dari PAS.

“Pada Awang, PasMa atau apa pun nama parti baru itu, tidak ubah sekadar sayap Islam dan Melayu kepada DAP yang akan membuatkan Guan Eng tersenyum,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/21/apakah-azmin-akan-tunduk-kepada-tekanan-dap-kuasai-selangor-tanpa-pas/#ixzz3dercMgo9

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-