Namun katanya, PAS masih mempunyai sokongan dari pengundi Melayu yang merupakan pengundi teras kepada parti itu.
"Kita tengok ada sedikit reaksi dalam segi sokongan pengundi Cina bila kerjasama dalam Pakatan Rakyat longgar.
"Dalam masa yang sama kita masih mempunyai pengundi teras (Melayu), namun sokongan dari bukan Melayu juga kita perlukan," kata Timbalan Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.
Beliau turut berpendapat, kemelut yang berlaku itu akan memberi peluang kepada PAS dalam melengkapkan pengundi Melayu.
"Kita bertanding di kawasan Melayu, undi Melayu mempunyai kekuatan. Jika undi teras ini dapat kita kuasai tidak mustahil kemenangan milik PAS.
"Namun dalam kemelut yang berlaku ini ada kesan positif dan negatif, PAS akan terus kekal di dalam Pakatan Rakyat," katanya lagi.
Tuan Ibrahim turut meminta agar parti-parti di dalam Pakatan Rakyat menghormati polisi dan dasar masing-masing.
"Setiap parti mesti menghormati polisi dan dasar masing-masing. Kita fokus isu bersama dan perlu perkuatkan parti bukannya menyerang antara satu sama lain.
"Kita mesti melihat kekuatan bersama, bukannya melihat kelemahan dan saling melemahkan parti.
"Kemelut ini boleh selesai kalau kita balik kepada prinsip asal menghormati polisi dan dasar parti masing-masing," ujarnya lagi.
Tambah beliau, walaupun PAS menjadi mangsa dan diserang dari pelbagai sudut, parti itu masih ada kekuatan sokongan ahli dan penyokong tegar. - HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.