Monday, June 8, 2015

PAS tetap tidak akan bergabung dengan UMNO - Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim menegaskan bahawa keputusan tegas mengenai gabungan UMNO itu adalah berdasarkan Majlis Syura PAS pada 19 Mei lalu.

KUALA LUMPUR, 8 Jun:

PAS menegaskan parti itu tetap tidak akan bergabung dengan UMNO meskipun beberapa keputusan baharu dibuat melalui Muktamar parti itu baru-baru ini.

Perkara itu ditegaskan Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man merujuk kepada laporan akhbar hari ini yang memetik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa UMNO sedia berunding dengan PAS.

Melalui laporan itu katanya, Najib menyatakan kesediaannya adalah demi kemaslahatan umat Islam setelah meneliti keputusan Muktamar PAS.

Bagaimanapun Tuan Ibrahim menegaskan bahawa keputusan tegas mengenai gabungan UMNO itu adalah berdasarkan Majlis Syura PAS pada 19 Mei lalu.

“Najib tidak perlu menangguk di air keruh untuk menimbulkan semula fitnah ini terhadap PAS. Jangan cuba menggunakan PAS untuk mengalihkan pandangan daripada isu-isu yang lebih penting.

“Najib boleh melarikan diri daripada forum ‘NothingToHide’. Namun, beliau tidak boleh lari daripada masalah negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu menurut laporan Berita Harian, Najib menyatakan kesediaannya untuk mengadakan perbincangan dengan PAS demi kemaslahatan umat Islam.

Ini berikutan keputusan pemilihan PAS yang memilih kepimpinan ulama menerajui parti Islam itu.

“Perwakilan (PAS) membuat keputusan jelas. Mereka memihak kepada calon ulama. Kita berharap kepimpinan ulama akan membawa kepada sesuatu yang positif.

“UMNO bersedia untuk mengadakan perbincangan demi kemaslahatan umat Islam, seperti dilaporkan akhbar kawalan UMNO itu,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/08/pas-tetap-tidak-akan-bergabung-dengan-umno-tuan-ibrahim/#ixzz3cTbD9n45

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-