Ketua Pemuda Umno Kluang, Datuk Khairul Anwar Rahmat yang sebelum ini menganjurkan program #Nothing2Hide, meletakkan semua jawatannya dalam parti itu "bagi meneruskan kerja-kerja kemasyarakatan di dalam dan luar negara serta perluasan operasi korporat firma" milik beliau.
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Khairul yang pernah berkhidmat sebagai wartawan di Berita Harian berkata keputusan berkenaan diambil selepas mendapat restu daripada ibu serta mengadakan perbincangan mendalam bersama ahli keluarga.
"Mohon doakan saya berjaya dalam apa jua lapangan yang bakal saya ceburi kelak," katanya.
Selain memegang jawatang Ketua Pemuda Umno Kluang, Khairul juga adalah Naib Ketua Umno bahagian itu, Naib Ketua Pemuda Umno Johor dan Ketua Sekretariat Perundangan Umno Malaysia.
Peletakan jawatan Khairul Anwar pada mulanya diumumkan Unit Komunikasi Korporat syarikatnya, Khairul Group, sebelum beliau sendiri kemudian mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkembangan tersebut.
Sokong TMJ
Serentak itu juga, kata kenyataan kumpulan berkenaan, Khairul Group mengumumkan rancangan mereka meneruskan operasi firma itu ke Asia Barat dan Eropah yang tertangguh disebabkan pengerusinya masih bergiat aktif dalam platform politik tempatan.
"Semoga langkah terbaru ini dapat memberi manfaat kepada firma terutama bagi memuktamadkan beberapa rundingan dalam bidang hartanah, perundangan dan mediasi antarabangsa," kata kenyataan itu.
Sebelum ini Khairul Anwar - seorang peguam - bertanggungjawab menganjurkan program wacana Nothing2Hide yang sepatutnya menjadi tempat untuk Datuk Seri Najib Razak mengadakan dialog bersama sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Bagaimanapun program itu tergendala dan dibatalkan selepas mendapat arahan daripada polis.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang datang ke majlis itu untuk bertanyakan soalan mengenai 1MDB kemudian sempat berucap beberapa minit sebelum diminta berhenti oleh polis.
Kelmarin, Khairul Anwar menyatakan sokongan kepada peringatan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya anggota politik mendahulukan khidmat untuk rakyat. - M'kini
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=294472:penganjur-nothing2hide-lepas-semua-jawatan-umno&Itemid=2#ixzz3eEDejdhO
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
agendaily.com 25/11/2022 UMNO bersetuju bersama DAP. Berakhir sudah drama politik negara apabila seorang Perdana Menteri baharu sudah dilant...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Wak heran juge, lebih 60 tahun kera-jaan BN yang dikuasai oleh UMNO memerintah masib kaum melayu masih jauh ketinggalan kebelakang jike di...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.