OLEH MANZAIDI MOHD AMIN
Pasma, sebuah NGO yang bakal menjadi parti Islam baharu
Penubuhan parti baharu hanya bertujuan untuk menjayakan agenda pecah dan perintah oleh musuh Islam, kata Pengkaji Gerakan Islam, Abdullah Abd. Kadir.Katanya, tidak kira musuh itu dari sebelah mana sekali pun, tetapi lebih menyedihkan jika agenda pecah dan perintah musuh itu dijayakan oleh orang yang mengaku sudah lama berjuang Islam.
Beliau yang mengumpamakan penubuhan parti baharu itu ibarat menoreh luka baru, menyatakan, usaha itu satu-satunya sejarah dalam perjuangan Islam di negara ini.
"Parti baharu ini ditubuhkan oleh anggota parti Islam yang terkilan kerana tidak terpilih sebagai pimpinan, mahu pun kumpulan NGO Islam yang dari dulu ingin memimpin dan menguasai.
"Ini adalah salutan nafsu yang cuba digilap oleh pakar strategis mereka sebagai idea baru yang cemerlang. Bersatu adalah rahmat, berpecah adalah azab. Usahlah ikutkan nafsu, terutaman di bulan Ramadan yang berkat ini," katanya dalam kenyataan di sini.
Abdullah berkata, selepas muktamar tahunan Pas baru-baru ini, pemimpin yang kalah telah menunjukkan reaksi luar biasa dengan merancang menubuhkan parti baharu hanya kerana tidak terpilih untuk terus kekal dalam Pas.
Katanya, beliau menjangkakan selama ini bekas pemimpin berkenaan boleh menerima kekalahan, tetapi malangnya mereka menjadikan perebutan jawatan agenda utama untuk menang dan ia suatu yang mengecewakan.
Menurut Abdullah, parti baharu itu kononnya bersifat progresif yang melibatkan beberapa NGO Islam, bahkan ada juga idea daripada pihak tertentu menzahirkan seolah-olah mereka sahaja menguasai Sains Kemanusiaan atau fiqh sunnatillah. - MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.