Ditulis oleh AHMAD FADHLI SHAARI
KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
10 Zulkaedah 1436 | 25 Ogos 2015
“Integriti Kerajaan Sudah Musnah”
1. Pendedahan yang telah dibuat oleh bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Polis DiRaja Malaysia, Datuk Abdul Hamid Bador adalah suatu pendedahan yang sangat memalukan kerajaan. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya, maklumat yang diperkatakan Dato’ Abdul Hamid dalam sidang medianya kelmarin bukanlah satu maklumat mentah. Beliau telah berkhidmat selama 37 tahun di bahagian tersebut.
2. Malah, Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat, ketegasannya di dalam isu siasatan 1MDB menjadi punca beliau ditukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM). Ia sekaligus membuktikan bahawa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah hilang integriti. Pihak Najib kini jelas sanggup melakukan segala tindakan demi melindungi cerita sebenar di sebalik 1MDB.
3. Ketegasan Dato’ Abdul Hamid meminta ‘pihak-pihak’ tertentu tampil ke hadapan untuk memberikan maklumat sebenar berhubung 1MDB perlu diberi perhatian serius. Secara tidak langsung ia membangkitkan keraguan terhadap kebenaran dakwaan bahawa kerajaan sedang menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat dalam isu ini.
4. Kenapakah pula Dato’ Abdul Hamid sendiri ditukar ke JPM untuk mengisi jawatan yang belum diwujudkan lagi? Kenapakah urusan pertukarannya dibuat secara tergesa-gesa? Seolah-olah tidak sabar menunggu hari siang untuk mendengar ayam jantan berkokok.
5. Dato’ Abdul Hamid sendiri menyatakan rasa tidak setuju terhadap penangkapan beberapa Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat di dalam menyiasat kes ini. Jika benar seorang pegawai tinggi Cawangan Khas sendiri tidak bersetuju dengan tangkapan ini, maka siapakah pemain sebenar yang sedang berperanan di negara ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mencabar kerajaan untuk bertindak menyatakan respon dengan segera terhadap pendedahan Dato’ Abdul Hamid.
6. Hakikatnya, pendedahan yang dibuat oleh beliau ini hanyalah salah satu manifestasi kebimbangan rakyat seluruhnya terhadap kemampuan kerajaan menyelesaikan isu yang menarik perhatian semua pihak ini. Tidak mustahil, kegagalan kerajaan mendapatkan kepercayaan umum terhadap kejujuran dan ketelusan inilah yang menyebabkan nilaian mata wang negara semain menjunam.
7. Tiada lagi harapan untuk rakyat melihat kerajaan pimpinan Najib mentadbir dengan telus dan jujur. Pilihan berada di tangan rakyat untuk melangkah membina Malaysia yang lebih sejahtera.
AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.