KUALA LUMPUR, 11 Ogos:
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat perpecahan dalam Umno yang disebabkan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mendakwa beberapa ahli-ahli Umno juga dikatakan tidak gembira dengan dengan kepimpinan Najib.
“Sekarang saya dengar orang Umno mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib. Ada beberapa ketua bahagian, ahli-ahli parlimen, dan mereka yang mempunyai jawatan lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Festival Minda Malaysia ke-11, di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata pertukaran semula dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan ‘satu-satunya perkara positif yang saya dengar setakat ini.’
Gembira dengan pertukaran kembali dua pegawai berkenaan dari Jabatan Perdana Menteri, beliau mempersoalkan adakah ia dimaksudkan dengan siasatan pada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Persoalannya, jika mereka dipindah balik adakah mereka akan panggil Najib untuk beri penjelasan.
“(Kerana) difahamkan mereka ditukar setelah mengumumkan mahu memanggil Najib dalam siasatan sumber derma ke akaun peribadinya. Jadi saya harap mereka akan panggil Najib untuk beri penjelasan,” katanya merujuk kepada penyiasatan berterusan 1MDB.
Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menyifatkan pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri sebagaimana diumumkan minggu lepas tiada kaitan dengan penyiasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad.
“Ia tidak kena mengena dengan siasatan 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan para petugas awam bersempena sambutan Aidilfitri di Kuching.
Dua pegawai itu, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin, dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob melaporkan diri bertugas di pejabat SPRM pagi ini.
Mereka sepatutnya melaporkan diri bertugas di Jabatan Perdana Menteri hari ini.
Hamsa berkata beliau telah bersemuka dan berbincang dengan dua pegawai itu.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/11/tun-m-dakwa-ahli-ahli-umno-tidak-gembira-kepimpinan-najib/#ixzz3iSdO7Qfa
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.