Friday, September 11, 2015

Betulkah SKMM hendak bertindak ke atas Wall Street Journal?

:
oleh Robin Stanley Augustin
KOMEN: Nampaknya mereka yang berkuasa tidak sempat mengambil nafas.

Tidak sampai seminggu selepas Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa ke 16 yang diadakan di Putrajaya- sewaktu beberapa orang tokoh anti rasuah terkenal menyuarakan kritikan dan kebimbangan mereka tentang cara kerajaan menangani siasatan 1MDB, pengkritik dan “derma” RM 2.6 bilion- Wall Street Journal (WSJ) menerbitkan sebuah lagi laporan yang mengejutkan.

Isnin lepas, akhbar itu melaporkan yang International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpengkalan di UAE dituduh bayaran sebanyak US$1.4 bilion dari 1MDB telah hilang.

1MDB memberikan maklum balas mengatakan yang laporan itu bias, disensasikan dan kekurangan bukti, akhbar itu juga berkemungkinan melanggar undang-undang Malaysia dengan merujuk kepada “transkrip proseding”, yang dikatakan hanya boleh dikeluarkan semasa sesi siasatan PAC mengenai 1MDB.
Salleh Keruak
Salah seorang pembela paling lantang kerajaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak bertindak balas kepada kejadian itu.

The Malaysian Insider melaporkan yang Salleh berkata bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan kepada akhbar itu, sekiranya laporan kehilangan bayaran US$1.4 bilion dari 1MDB didapati tidak benar.

Salleh berkata tindakan perlu diambil kepada mereka yang bertanggungjawab membocorkan maklumat, merujuk kepada kebimbangan 1MDB yang laporan itu berasaskan transkrip sesi soal siatan dengan PAC yang dibocorkan.

“Sudah pasti, saya akan mengarahkan SKMM untuk menyiasat dan mengambil tindakan bersesuaian,” tambahnya, menyifatkan laporan itu berniat jahat dan tidak adil.

Salleh juga berkata yang Putrajaya perlu menyiasat ahli-ahli PAC sekiranya mereka bertanggungjawab membocorkan maklumat tersebut.

Tindakan Salleh tidaklah mengejutkan.

Nampaknya inilah yang hanya boleh dilakukan pihak berkuasa, mengambil tindakan ke atas rakyat, penerbitan dan laman web yang menyiasat, mengkritik, menyuarakan kebimbangan dan mendedahkan sesuatu isu.

Pegawai akan dipecat, dipindahkan atau ditahan, laman sesawang disekat dan penerbitan digantung.

PAC dilumpuhkan melalui pelantikan beberapa ahlinya kepada menteri, dan pasukan tahap tertinggi yang menyiasat “derma” pula dibubarkan.

Masihkah perlu tertanya-tanya mengapa tokoh terkemuka anti rasuah menyatakan apa yang mereka katakana?

Juga tidak mengejutkan jika seseorang dalam PAC telah membocorkan maklumat kepada WSJ.

Memandangkan PAC telah dilumpuhkan, tidak hairanlah sekiranya whistle blower itu melihat tindakanya sebagai pilihan terakhir mendedahkan hasil siasatan selama ini.

Ini masih melanggar undang-undang, tetapi orang yang mendedahkan maklumat itu pasti merasakan dia mempunyai tanggungjawab moral dan akhirnya matlamat menghalalkan cara.

Apapun, apa yang akan dilakukan oleh SKMM mengenai kisah terbaru ini? Pertama, laporan itu perlu dibuktikan silap.

Siapa yang akan melakukan ini? Polis? SKMM? Adakah pasukan tugas khas baru akan dibentuk?

Siasatan ke atas laporan sebelum ini pun belum disiapkan. Adakah pihak berkuasa dan 1MDB akan menyaman WSJ untuk membuktikan dakwaan akhbar itu tidak berasas?

Mungkin pihak berkuasa patut menghantar satu lagi surat meminta penjelasan dari akhbar itu, sebelum mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan undang-undang.

Berbalik kepada SKMM, apakah yang boleh dilakukannya? Apakah “tindakan yang perlu”, Salleh?

Setakat ini kita hanya melihat SKMM hanya mampu menyekat laman sesawang seperti Sarawak Report dan Bersih 4.

Adakah SKMM akan menyekat WSJ?

WSJ bukan laman sesawang whistle blower. Ia adalah akhbar yang dihormati di seluruh dunia.

Menyekatnya hanya menambah keraguan bahawa pihak berkuasa tidak ikhlas dalam menyiasat tuduhan yang dikemukannya.

Tambahan pula, terdapat banyak cara untuk mengatasi sekatan laman sesawang sekarang.

Salleh, kementeriannya dan SKMM sepatutnya menumpukan perhatian kepada laman sesawang yang merbahaya dan media sosial yang menyokong keganasan, mempromosikan perkhidmatan pelacuran dan penyeludupan haiwan liar.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di robinstanley@hckmedia.com

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Betulkah-SKMM-hendak-mengambil-tindakan-kepada-Wall-Street-Journal#sthash.mvx8KwTR.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-