Begitu reaksi daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung laporan sensasi Al Jazeera berkaitan kes pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu yang disiarkan hari ini.
“Dua individu yang disabitkan bersalah bukan pengawal peribadi perdana menteri. Dakwaan ini tidak benar dan digunakan untuk mendukung teori konspirasi yang tidak berasas.
“Mereka anggota sebuah unit Polis Diraja Malaysia yang memastikan keselamatan secara bergilir-gilir kepada pegawai kerajaan dan orang kenamaan yang datang melawat.
“Perdana menteri tidak tahu berhubung tindakan individu itu sehinggalah mereka ditangkap,” menurut kenyataan yang dimuat naik ke laman web Al Jazeera.
Wartawan di sebalik pembikinan siri khas Al Jazeera tentang pembunuhan Altantuya didakwa telah diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari tersebut.
Ini didedahkan dalam program mingguan "Al Jazeera 101 East", dan usaha susulan terhadap misteri pembunuhan yang terus menghantui Malaysia itu.
Ketika menjalankan siasatannya, wartawan Australia Mary Ann Jolley, yang melaporkan berita itu untuk Al Jazeera, tiba-tiba diusir pulang pada 14 Jun dari Kuala Lumpur selepas Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .
Pengusiran Jolley itu tidak menghalang usahanya mendapatkan cerita tersebut kerana dia mengesan kaitan Sirul, yang menceritakan versinya tentang apa yang berlaku pada malam Altantuya dibunuh.
Program itu disiarkan hari ini pada jam 6.30 pagi dengan siaran ulangan pada pukul 5.30 petang dan boleh didapati dalam talian di laman webnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.