Showing posts with label Wall Street Journal (WSJ). Show all posts
Showing posts with label Wall Street Journal (WSJ). Show all posts

Tuesday, September 18, 2018

Najib tak tahu ditipu Jho Low

MyMetro
Mutakhir
Fahmy Azril Rosli
cnews@nstp.com.my

Wright mendakwa Najib tidak tahu Jho Low menipunya. FOTO NSTP

WARTAWAN Wall Street Journal (WSJ), Tom Wright mendakwa Datuk Seri Najib Razak memperlakukan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang bernilai ratusan juta dolar untuk kepentingan parti dan keluarga bekas perdana menteri itu.

Wright yang juga pengarang bersama buku ‘Billion Dollar Whale’ mendakwa, pada masa sama Najib juga tidak menyedari dana syarikat pelaburan kontroversi negara itu diseleweng oleh ahli perniagaan, Jho Low.

“Bekas perdana menteri itu tidak menyedari bahawa ahli perniagaan, Jho Low menyapu berbilion dana negara.

ADVERTISING

“Saya tidak fikir Najib tidak bersalah. Tetapi saya yakin beliau tahu bahawa dana itu dipergunakan untuk kepentingan politik yang mana beratus juta dolar disalur kepada UMNO dan keluarganya untuk beli banyak rumah termasuk menubuhkan syarikat perfileman ketika beliau bergelar perdana menteri.

“Najib tahu bahawa (Jho) Low telah menguruskan dana itu dengan cara mengeluarkan sebanyak AS$4.5 bilion (RM18.64 bilion), AS$5 bilion (RM20.71 bilion) atau mungkin AS$6 bilion (RM24.85 bilion).

“Saya tidak fikir begitu. Saya fikir beliau (Najib) terpisah dengan proses hari ke hari itu, namun Low tidak kerana Low yang menguruskan perkara itu,” katanya laporan portal berita yang memetik temubual Wright dengan portal coconuts.com.

Wright mendakwa, Jho Low begitu berani kerana mempunyai hubungan dengan Najib menyaksikan anak kelahiran Pulau Pinang itu terus ‘menyeleweng’ lebih banyak wang meskipun ketika skandal 1MDB mula mendapat perhatian rakyat Malaysia.

“Kami mempunyai papan putih yang besar ketika menulis buku itu (Billion Dolar Whale). Kami cuba untuk menyelesaikan ‘apa pelan permainan Low’ tetapi sebaliknya tidak kelihatan seperti rancangan untuk menjadikan perniagaan itu mampan.

“Ia hanya mengambil setiap peluang untuk apa yang akan dibeli selepas ini dan saya fikir ia sewenang-wenangnya dilakukan kerana beliau berada dekat dengan perdana menteri dalam sistem itu. Itu menunjukkan kepada semua negara yang kami gelarkan ‘kleptokrasi’ dalam buku,” katanya.

Menurut Wright, contoh yang beliau boleh gambarkan adalah pembelian kapal layar mewah Equanimity oleh Jho Low.

Katanya, pembelian kapal layar mewah itu amat mengejutkan ketika Malaysia sedang dilanda persoalan berhubung kelompongan dalam pengurusan dana kewangan 1MDB.

“Apa yang paling mengejutkan saya adalah hakikatnya beliau membeli kapal layar Equanimity pada ketika media di Malaysia mula menimbulkan persoalan tentang kelompongan dana (kewangan).

“Mana-mana pencuri konservatif dan rasional cuba mengisi lubang itu, bukan? Beliau tidak mengisi lubang itu sebaliknya apabila dapat pinjaman baharu dari Deutsche Bank, beliau menggunakan sebahagiannya untuk membeli kapal layar itu,” dakwanya.

Berdasarkan laporannya mengenai isu 1MDB, Wright mendakwa, sudah jelas bahawa Jho Low adalah ‘tuan boneka’.

Dakwanya, Low bertanggungjawab menyelaraskan pemindahan AS$681 juta bersamaan RM2.6 bilion ke dalam akaun bank Najib berdasarkan tukaran mata wang pada 2015.

“Saya fikir apabila kita mendapat mesej WhatsApp antara Low dan beberapa orang termasuk beberapa pegawai bank di institusi perbankan Malaysia di mana beliau jelas mengarahkan mereka untuk berbuat itu dan ini atau mengalihkan wang itu ke akaun perdana menteri atau keluar dari akaunnya.

“Anda melihat melalui mesej WhatsApp bahawa beliau (Jho Low) adalah ‘tuan boneka’, mengarahkan pihak bank bahawa AS$680 juta akan tiba dari luar negara,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 10:33 PM

Thursday, September 13, 2018

Dari mana RM2.97 bilion dalam akaun Najib

Nigel Aw
Diterbitkan 13 Sep 2018, 8:49 malam


Polis mendapati sejumlah AS$972 juta disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak ketika beliau menjadi perdana menteri.

Polis berkata nilainya bersamaan RM2.973 bilion. Tetapi ia berdasarkan kadar tukaran ketika transaksi itu berlaku iaitu daripada 2012 hingga 2013.

Namun berdasarkan tukaran semasa (AS$1 = RM4.10) nilainya mencecah RM3.985 juta.

AS$681 juta daripadanya diketahui umum, iaitu "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar tukaran ketika ia pertama kali didedahkan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report pada Julai 2015.

Jumlah itu bernilai RM2.972 bilion hari ini.

Menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), AS$681 juta itu berasal daripada Tanore Finance Corporation, dan sumber dananya adalah daripada bon ketiga 1MDB yang diraih pada 2013 yang dikatakan untuk satu usaha sama dengan Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).

Digelar sebagai "Fasa Tanore", transaksi itu berlaku antara Mac hingga April 2013.

DOJ menjelaskan bagaimana dana 1MDB berada pada Tanore dan perinciannya juga boleh didapati di laman mikro Malaysiakini bertajuk 'Stolen' 1MDB Funds: The DOJ Lawsuit Revisited.

Menurut DOJ, Tanore secara benifisiari dimiliki Eric Tan Kim Lonng, dipercayai rakan kepada ahli perniagaan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low. Low dipercayai menggunakan nama Tan sebagai aliasnya.
Bakinya pula dari mana

Jadi dari mana baki AS$291 juta itu datang?

Perincian tentang sumbernya didedahkan sedikit demi sedikit dan mendapat liputan meluas pelbagai media antarabangsa termasuk WSJ, Sarawak Report dan ABC News Australia.

Berdasarkan laporan itu dan penyiasatan pelbagai negara, boleh dikatakan daripada AS$291 juta itu, AS$170 juta datang daripada Blackstone Asia Real Estate Partner Ltd dan lagi AS$120 juta daripada individu dengan "Putera Faisal bin Turkey".

Menurut DOJ, dana Blackstone berasal daripada bon berganda 1MDB bernilai AS3.5 bilion yang diraih dengan bantuan Goldman Sachs pada 2012, dikatakan untuk membeli aset tenaga. AS$1.367 daripada bon itu didakwa telah diselewengkan.

DOJ menyifatkannya sebagai "Fasa Aabar-BVI" dan perincian bagaimana wang 1MDB boleh berada pada Aabar Investments PJS (British Virgin Islands) dan kemudiannya Blackstone boleh dilihat di sini.

Bagi AS$120 juta daripada Putera Faisal pula, Najib berulangkali menggunakannya untuk mendakwa semua wang yang diterima adalah "derma" daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Putera Faisal dan ahli perniagaan Tarek Obaid adalah pengasas bertama Petrosaudi International. Tarek juga sekutu utama Jho Low dalam dakwaan pengubahan wang 1MDB.

Dinamakan sebagai "Saudi Associate 1 dan 2" dalam dokumen DOJ, dana 1MDB disalurkan ke akaun mereka selepas pelaburan syarikat itu yang bernilai AS$1.03 juta dalam usaha sama dengan PetroSaudi International dialihkan ke Good Star Ltd, syarikat yang dikawal Low.

Good Star kemudian memindahkan wang itu kepada Tarek dan Putera Faisal.

Perincian tentang bagaimana dana 1MDB dipindahkan ke Good Star dan kemudian disebarkan kepada sejumlah pihak - dinamakan sebagai "Fasa Good Star" - boleh dilihat di sini.

Menariknya, ada dua transaksi berjumlah AS$80 juta yang memang datang secara langsung daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Transaksi itu berlaku antara Ogos dan November 2011. Polis tidak menyebut perkara itu dalam pengumumannya hari ini.

Sehingga kini, tiada sebarang petunjuk wang AS$80 juta itu datang daripada sumber yang tidak sah.

Tuesday, June 26, 2018

Rosmah jawab WSJ: Tak pengaruh Najib, tiada kaitan 1MDB


Peguam Dato' K Kumaraendran dan Dato' Geethan Ram Vincent mengeluarkan kenyataan bagi pihak isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor sebagai menjawab dakwaan terbaru dalam laporan Wall Street Journal (WSJ).

Para peguam berkata anak guamnya Rosmah tidak ada kaitan dengan syarikat pelaburan dana negara, 1MDB.

"Kami telah meneliti perkara-perkara yang dilaporkan dalam Wall Street Journal (WSJ), yang memetik sumber, yang mendakwa bahawa Datin Seri Rosmah merupakan individu utama dalam dakwaan penyelewengan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kami ingin ulangi di sini, bahawa anak guam kami tidak mempunyai kaitan, ataupun berperanan secara langsung dan tidak langsung dengan operasi harian syarikat tersebut, lebih-lebih lagi pengurusan kewangannya, atau mereka yang dilantik untuk mengawasi firma itu," kata kenyataan itu.

Peguam itu juga berkata sebagai isteri kepada perdana menteri pada waktu itu, Rosmah tidak terlibat dengan keputusan yang dibuat Najib.

"Selaku isteri seorang perdana menteri pada ketika itu, Datin Seri Rosmah menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang ditangani oleh Datuk Seri Najib Razak, dan tidak pernah Datik Seri pada bila-bila masa pun mempengaruhi apa juga keputusan yang dibuat pihak eksekutif.

"Oleh itu, dengan menghubungkan Datin Seri Rosmah terus kepada 1MDB, dan menimbulkan tuduhan terhadapnya, kami bimbang ianya suatu usaha untuk mempengaruhi hasil siasatan yang sedang dijalankan dan paling teruk untuk merosakkan imej Datin Seri Rosmah," maklum kenyataan itu lagi.

Laporan terbaru WSJ memetik sumber-sumbernya menggambarkan Rosmah sebagai kuasa sebenar di belakang pentadbiran Najib.

[Berita penuh menyusul]

Tuesday, June 6, 2017

SELEPAS INI KUCING NAJIB RAZAK PULA PEMBANGKANG TUDUH DAPAT DANA 1MDB

Posted by Editor
6 June 2017
1. Sarawak Report (SR) mendakwa RM9.5 juta dimasukkan ke dalam akaun TS Shafee Abdullah dari akaun peribadi DS Najib Tun Razak dan wang ini datangnya dari 1MDB. Dr Wan Azizah pula mendakwa, RM9.5 juta ini adalah wang dari SRC.

2. SR mendakwa kononnya pembayaran kepada TS Shafee dari akaun DS Najib Tun Razak ini dibuat dua kali, iaitu pada tarikh 11/11/2013 dan 17/02/2014.

3. Pertama, SR dan Dr Wan Azizah perlu memutuskan terlebih dahulu, sebenarnya wang RM9.5 juta ini adalah wang 1MDB atau wang SRC. Kedua-dua mereka nampaknya tidak pasti wang ini datang dari sumber mana dan disebabkan itu mereka membuat kenyataan yang bercanggah.

4. Jika wang tersebut dari 1MDB, apakah buktinya? Bukankah Wall Street Journal (WSJ) dan SR pernah melaporkan DS Najib Tun Razak telah memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB. Adakah wang tersebut masih wujud?

5. Jika wang tersebut dari SRC, bukankah Rafizi Ramli telah membuktikan bahawa RM40 juta yang kononnya dari SRC ini tidak pernah sama sekali masuk ke dalam akaun DS Najib Tun Razak, sebaliknya diberikan dalam bentuk cek kepada Mail Global Resources?

6. Kedua, benarkah akaun DS Najib Tun Razak masih wujud ketika TS Shafee dikatakan menerima RM9.5 juta? WSJ dan SR pernah melaporkan selepas DS Najib Tun Razak memulangkan sebahagian besar wang RM2.6 bilion yang mereka dakwa adalah dari 1MDB dan akaun beliau ini telah ditutup pada 30/08/2013. Rujuk di sini.

7. Persoalannya, bagaimanakah suatu akaun yang wang didalamnya telah dipulangkan dan telah ditutup pada 30/08/2013, boleh membuat pembayaran kepada TS Shafee pada September 2013 dan Februari 2014? Ajaib bukan?

8. Hakikatnya SR dan Pakatan Pembangkang telah membuat terlalu banyak pembohongan sehinggakan mereka lupa apa yang pernah mereka bohongkan sebelum ini.

9. Hakikatnya juga, Anwar Ibrahim didapati bersalah atas kesalahan jenayah meliwat, bukan kerana wang dari akaun sesiapa pun, sebaliknya kerana Anwar Ibrahim telah gagal memanggil 12 saksi yang boleh membuktikan dia tidak bersalah dan gagal meyakinkan Mahkamah Rayuan pada 2014 dan 5 orang hakim Mahkamah Persekutuan pada 2015 bahawa dia tidak bersalah.

10. Hari ini pula, pembangkang membuat tuduhan yang sangat hina apabila menuduh Ibu DS Najib Tun Razak juga turut menerima wang 1MDB. Setakat ini NGO, Ahli Parlimen, Sultan Pahang, Ibunda DS Najib tun Razak telah dituduh menerima wang 1MDB. Jangan terkejut, akan datang, kucing DS Najib Tun Razak bernama Kiky juga akan dituduh bersalah menerima dan menggunakan wang 1MDB. Sabar je la.

Oleh : CUCU TOK SELAMPIT

Sunday, May 29, 2016

WSJ pertahan laporannya mengenai M'sia dan isu 1MDB

Wall Street Journal (WSJ) tetap mempertahankan laporannya mengenai Malaysia dan isu 1MDB, walaupun Gabenor Bank Negara Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis akhbar Amerika itu.

Jurucakap penerbit WSJ,Dow Jones memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya mempertahan liputan WSJ yang menurutnya dilaporkan secara bertanggungjawab dan demi kepentingan awam.

Jurucakap itu menegaskan demikian dalam respons kepada permintaan untuk mendapatkan komen mengenai pendedahan surat, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata Muhammad telah membuat laporan polis terhadap WSJ.

Surat itu dikatakan daripada Bank Negara kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin, yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

WSJ, yang telah dituduh sebagai sebahagian daripada kempen yang didakwa untuk menyingkirkan Najib, telah mentweet salinan surat itu, dan ini kemudiannya ditweet semula oleh ketua editornya bagi rantau Asia, Tom Wright pagi semalam.

Surat itu dikatakan telah mengesahkan bahawa Good Star Limited dimiliki jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low.

Ini bercanggah dengan dakwaan kerajaan bahawa Good Star milik bekas rakan kongsi usahasama 1MDB - PetroSaudi International.

[Baca berita penuh]

Saturday, May 28, 2016

Bank Negara buat laporan polis terhadap WSJ - Najib

 Send by Email
Kuala Lumpur – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Muhammad Ibrahim telah membuat laporan polis terhadap Wall Street Journal (WSJ) hari ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Najib yang mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini memberitahu pemberita demikian apabila ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap WSJ berikutan beberapa laporan mengenai 1Malaysia Development Bh (1MDB).

Difahamkan satu daripada laporan itu berkaitan dokumen bocor yang didakwa dari BNM kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai pemilikan Good Star Ltd oleh Jho Taek Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Najib berkata, polis perlu menyiasat laporan itu kerana menerbitkan dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) adalah satu perkara serius.

“Mereka (polis) perlu memberi jawapan kepada kita” katanya.

Ditanya sama ada laporan yang diterbitkan itu tulen, Najib berkata, beliau akan membiarkan polis menyiasat. – Bernama

Read more http://www.kualalumpurpost.net/bank-negara-buat-laporan-polis-terhadap-wsj-najib/

Friday, April 15, 2016

Azalina: Jangan lagi terpedaya tuduhan anti-Najib

Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berharap rakyat semakin jelas berhubung isu 1MDB tidak lagi terpedaya dengan tuduhan golongan yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir semalam bahawa sumbangan derma kepada Najib memang datang dari negara itu, menunjukkan apa dicanang pembangkang dan kumpulan Deklarasi Rakyat selama ini adalah tidak benar.

Beliau berkata sebelum ini, ramai yang mempertikaikan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa wang derma itu datang daripada Arab Saudi, bukannya daripada 1MDB.

Namun, katanya, kumpulan Deklarasi Rakyat terus mengelirukan rakyat dengan menuduh perdana menteri terlibat menyeleweng dana 1MDB.

"Terbaru, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) turut membuktikan yang perdana menteri tidak terlibat dalam apa-apa salah laku dalam urusan syarikat 1MDB. Jadi siapa yang berbohong selama ini?" katanya dalam kenyataan media hari ini.

Azalina berkata bulan lalu, Australian Broadcasting Corporation (ABC) turut mendedahkan mengenai surat daripada keluarga diraja Arab Saudi dengan menyatakan derma yang diberikan sebagai hadiah atas usaha Najib mempromosikan Islam serta memerangi keganasan dan ekstremisme, termasuk melancarkan Gerakan Kesederhanaan Global.

Pendedahan itu bagaimanapun dilaporkan secara berat sebelah oleh Wall Street Journal (WSJ) yang tidak henti-henti menyerang perdana menteri, katanya.

Ketika berckap kepada wartawan Malaysia di Istanbul hari ini, Menteri Luar Arab Saudi itu dipetik sebagai berkata: "Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan."

Mohamed Apandi pada 26 Jan lalu, telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd., dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
- Bernama

Wednesday, April 6, 2016

Siasat siapa 'Malaysian Investigators' - Shahrizat

 Send by Email
Kuala Lumpur – Wanita UMNO hari ini mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat identiti ‘Malaysian Investigators’ yang membuat tuduhan palsu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu kenyataan berkata tuduhan palsu itu telah mencemar imej dan reputasi khususnya kepada perdana menteri dan negara.

“Rakyat perlu tahu siapakah ‘Malaysian Investigators’ dan kertas siasatan palsu yang dinyatakan di dalam laporan WSJ (Wall Street Journal) itu,” katanya.

Shahrizat berkata beliau merujuk kepada beberapa laporan ‘Wall Street Journal’ (WSJ) khususnya laporan pada 30 Mac 2016 yang melaporkan bahawa Najib tidak mengambil wang daripada 1MDB dan WSJ mengakui bahawa wang itu adalah derma diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

“Wanita UMNO mendesak pihak berkuasa, sama ada polis atau peguam negara, untuk menyiasat identiti sebenar ‘Malaysian Investigators’ yang dimaksudkan oleh WSJ pada 2 Julai 2015 yang telah memberi ‘kertas siasatan palsu’ menuduh perdana menteri mengambil wang 1MDB sebanyak US700 juta,” katanya. – Bernama
Read more http://www.kualalumpurpost.net/siasat-siapa-malaysian-investigators-shahrizat/

Wednesday, March 2, 2016

WSJ ada agenda rosakkan reputasi Najib - TPM Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Gambar fail Bernama)

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Tindakan Wall Street Journal (WSJ) mengulangi tuduhan tidak berasas terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, bertujuan merosakkan reputasinya selaku Perdana Menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata tindakan WSJ mengulangi berita mengaitkan Najib dilakukan berdasarkan agenda yang telah ditentukan yang hanya diketahui oleh agensi itu sendiri.

"Tentunya pengulangan sesuatu berita dan analisis ada tujuan sebaliknya, bukan sahaja mahu burukkan PM tapi untuk merosakkan reputasi PM Najib secara peribadi.

"Tidak adil (WSJ) lakukan tuduhan kepada PM (Najib) serta ia diulang tanpa menyebut fakta-fakta yang konkrit sedangkan sudah ada penjelasan oleh pihak Peguam Negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Perumahan Penjawat Awam 2016 anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) di sini.

Ditanya mengenai sebarang tindakan yang akan diambil terhadap WSJ, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata perkara itu diserahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk sebarang tindakan.

-- BERNAMA

Friday, February 19, 2016

Minta Najib saman WSJ, kata Khairuddin kepada Salleh Keruak

Aedi Asri | February 19, 2016

Katanya, tindakan itu lebih baik berbanding terus omong kosong

PETALING JAYA: Cukuplah ‘bercakap kosong’ dan nasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar menyaman sahaja Wall Street Journal (WSJ), pesan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan itu berkata menasihati Najib adalah jauh lebih baik berbanding mengulas liputan WSJ tanpa sebarang tindakan susulan.

“Berita itu sudah tersebar ke seluruh dunia dan amat memalukan Najib dan negara kita. Jadi tunggu apa lagi?” soalnya dalam satu kenyataan, merujuk kenyataan Najib sebelum ini yang mengancam untuk menyaman akhbar itu atas siri laporannya berkaitan 1MDB.


Khairuddin berkata demikian mengulas kenyataan Salleh yang berkata WSJ memiliki agenda tertentu dalam liputannya keatas pentadbiran negara.

“Saya selaku rakyat Malaysia kecewa juga dengan pelbagai tuduhan yang dibuat WSJ ke atas Perdana Menteri, tetapi pada masa sama saya turut tertanya-tanya kenapa Najib masih tidak mahu saman akhbar itu?”

Justeru, Khairuddin menyarankan dua perkara kepada Salleh;

“Pertama, saya memohon agar Salleh mendesak Najib untuk mengambil tindakan saman malu secara segera ke atas WSJ demi menyelamatkan maruah Perdana Menteri dan negara Malaysia.

“Jika tidak mampu berbuat demikian, lebih baik dia duduk diam sahaja dan jangan campur urusan tersebut. Tolong jangan cakap kosong,” katanya lagi.

1MDB ulangi -dakwaan WSJ tiada asas, tidak terbukti

1MDB hari ini mengulangi bahawa firma pelaburan negara itu tidak membayar apa-apa dana kepada akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut kenyataan 1MDB, dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa wang itu berasal daripadanya adalah tidak berasas dan tidak terbukti.

"Perkara ini telah diulangi oleh pelbagai pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Peguam Negara dan berbagai-bagai penerbitan antarabangsa bereputasi, mereka telah mengesahkan bahawa dana tersebut adalah dari Arab Saudi.

"Untuk mengatakan laporan mereka mengenai perkara ini tidak pernah dipersoalkan, ia bukan hanya tidak jujur malah pembohongan semata-mata," petik kenyataan akhbar itu.

Editor Kewangan WSJ, Ken Brown ketika dalam satu temu bual dengan rangkaian televisyen ABC News Australia pada 12 Februari lalu mendakwa ribuan juta ringgit yang berada di akaun bank peribadi perdana menteri adalah dari 1MDB.

Beliau juga menafikan dakwaan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa RM2.6 bilion dalam akaun Najib adalah sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Najib belum mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap WSJ sejak tuduhan yang pertama dibuat pada Julai tahun lalu.

Wednesday, September 23, 2015

Kumpulan pro-BN kempen asak keluarga Mahathir

Shakira Buang
Dilihat sebagai reaksi balas, kumpulan pro-BN kini cuba mengaitkan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan rasuah.

Mendakwa masih mengumpulkan “bukti kukuh” untuk dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis, mereka membangkitkan keraguan berhubung kekayaan dua anak Mahathir.
Perkara itu antara yang ditimbulkan dalam sidang media Pertubuhan Penyokong Barisan Nasional Malaysia (PPBNM) dalam sidang media khusus berkaitan perkara itu di Kuala Lumpur hari ini.

“Ramai tahu tentang rekod kekayaan yang didapati atau dimiliki oleh keluarga mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ada juga bertanya bagaimana kedua-dua anaknya iaitu Mirzan dan Mokhzani dapat kekayaan pada dalam masa yang begitu singkat dan cepat.

“Malah, semua bukti ini banyak terdapat di media sosial sama seperti di WSJ (Wall Streeet Journal),” kata timbalan pengerusi kumpulan Dr Lee Nan San.

Lee mendakwa kedua-dua anak perdana menteri keempat itu menjadi jutawan dan berada dalam kalangan kelompok rakyat Malaysia paling kaya dalam tempoh tiga tahun sahaja.

Beliau juga turut mempersoalkan daripada mana datangnya hasil kekayaan kedua-dua lelaki Mahahir itu.

“Kalau mereka ada kehandalan atau kecekapan dalam perniagaan dari mana modal permulaan itu datang? Adakah begitu mudah diperoleh dari kontrak atau perniagaan antarabangsa?

“Kita bimbangan mungkin ada unsur rasuah atau penyalahgunaan kuasa semasa Tun Mahathir menjadi PM,” kata Lee lagi.

Bagaimanapun ditanya kenapa baru kini beliau membangkitkan isu tersebut, Lee berkata beliau berkata perkara itu baru menjadi perbincangan di Internet.

“Dua, tiga hari ini saya baca di laman sosial. ramai yang bertanyakan bagaimana anak Tun M dapat kekayaan. Malah, ada rakyat yang mahu penjelasan mengenainya,” katanya lagi.

Mokhzani telah dinamakan sebagai orang kesembilan paling kaya di negara ini pada tahun 2014 oleh majalah Malaysian Business.

Tuesday, September 15, 2015

Dokumentari Al-Jazeera: Desakan Dr M terhadap kerajaan relevan

oleh V Shuman
KOMEN: Tidak mengejutkan, dokumentari yang disiarkan saluran berita Al-Jazeera baru-baru ini tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu telah mencetuskan rasa tidak senang beberapa pihak di Malaysia.

Politikus daripada parti pemerintah dan polis peringkat tinggi membuat bising – bukan terhadap pembunuhan kejam itu, tetapi terhadap dokumentari dengan mendakwa Al-Jazeera ada “agenda tersembunyi” ke atas Malaysia.

Ini berlaku di saat hanya seorang pesalah yang meletupkan Altantuya sedang menanti hukuman mati, sementara seorang lagi sudah lari ke Australia. Malah identiti sebenar individu yang mengarahkan pembunuhan itu juga masih tinggal tanda tanya.

Apabila isu seumpama ini yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak muncul semula, anda sudah boleh jangka tokoh yang akan segera memberikan reaksi adalah pengkritiknya paling lantang, Dr Mahathir Mohamad.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Mahathir menasihati kerajaan agar berhenti membuat penafian dan memfailkan saman fitnah terhadap saluran itu, jika merasakan dokumentari itu adalah tidak benar.

“Najib dan Kerajaan beliau mempunyai tanggungjawab untuk membersihkan nama kita dan bukan hanya mendakwa Al-Jazeera cuba menggulingkan kerajaan.

“Bukti perlu diberi bahawa pembunuhan ini, penyembunyian (cover-up), penglibatan polis dan Razak Baginda tidak sama sekali bersalah atas jenayah yang dahsyat ini,” katanya.

Razak yang merupakan individu yang rapat dengan Najib pada mulanya ditahan selepas tuduhan hubungan sulitnya dengan model itu timbul selepas pembunuhannya pada tahun 2006. Namun beliau kemudiannya dilepaskan tanpa perlu membela diri.

Kata Mahathir lagi, memandangkan Al-Jazeera ditonton jutaan penonton seluruh dunia, kebanyakannya akan mempercayai dokumentari itu.

Beliau kemudian menggesa badan kehakiman agar membersihkan namanya, terutama berhubung pembebasan Razak Baginda.
Altantuya Shaariibuu
“Dokumentari ini telah tersebar luas di Malaysia dan masih ditayangkan di seluruh dunia. Mengeluarkannya dari Al Jazeera di Malaysia tidak akan mengubah apa-apa.

“Dengan hanya mengatakan bahawa ia tidak benar boleh meyakinkan sesetengah rakyat Malaysia tetapi tidak akan meyakinkan orang asing,” katanya dan menambah episod ini akan terus memburukkan imej negara yang sedia tercemar.

Tepat sekali. Dokumentari tersebut membangkitkan persoalan yang absah, yang telah pun ditanya oleh rakyat Malaysia sejak dari awal lagi.

Ini kerana kisah dua komando Malaysia yang menculik seorang perempuan mengandung, menembak dan meletupkan badannya di dalam hutan, tanpa apa-apa motivasi atau arahan kedengaran terlalu mengarut walaupun untuk skrip filem Bollywood.

Namun kerajaan tidaklah mendiamkan diri sahaja.

Najib telah memberikan penafian kepada saluran tersebut, dan menegaskan beliau tidak pernah mengenali atau bertemu Altantuya.

Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar juga mengecamnya kerana “kewartawanan yang jahat” dan berkata mereka akan memanggil wartawan yang membuat laporan eksklusif itu, Mary Anne Jolley untuk soal siasat.

Benar, wartawan sama yang diusir ketika beliau datang ke sini untuk membuat kajian bagi dokumentari itu.

Khalid juga dilaporkan bertikam lidah dengan seorang lagi wartawan Al-Jazeera dalam satu sidang media baru-baru ini. Hal ini membangkitkan persoalan terhadap tahap profesionalismenya.

Menurut Malaysiakini, Khalid memberitahu wartawan bahawa dokumentari tersebut dibuat berdasarkan khabar angin dan berkata: “"Anda (Al Jazeera), buat laporan berdasarkan dengar cakap, cuba wujudkan sesuatu daripada tiada dan dengar daripada orang yang tidak bercakap benar…Apa yang anda cuba lakukan?”

Ketua Polis Negara secara sengaja bertikam lidah dengan seorang wartawan luar negara berhubung satu isu, walhal beliau tiada sebab langsung untuk marah. Memang sesuatu yang membanggakan buat Malaysia.

Anda tidak perlu menjadi Einstein untuk mengagak yang Anne Jolley, sama seperti editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown, akan merasa tidak senang terhadap polis Malaysia.

Khalid juga berkata yang polis kini sedang memantau pihak-pihak yang memberikan maklumat untuk dokumentari.

Berhubung cadangan Mahathir agar kerajaan menyaman Al-Jazeera, ia mungkin tidak berlaku dalam tempoh terdekat ini kerana “tuntutan mahkamah” terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung isu RM2.6 bilion pun masih belum dibuat, walaupun sudah dua bulan isu itu disiarkan.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Dokumentari-Al-Jazeera-Desakan-Dr-M-terhadap-kerajaan-relevan#sthash.Q3hWIHVG.dpuf

Friday, September 11, 2015

Betulkah SKMM hendak bertindak ke atas Wall Street Journal?

:
oleh Robin Stanley Augustin
KOMEN: Nampaknya mereka yang berkuasa tidak sempat mengambil nafas.

Tidak sampai seminggu selepas Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa ke 16 yang diadakan di Putrajaya- sewaktu beberapa orang tokoh anti rasuah terkenal menyuarakan kritikan dan kebimbangan mereka tentang cara kerajaan menangani siasatan 1MDB, pengkritik dan “derma” RM 2.6 bilion- Wall Street Journal (WSJ) menerbitkan sebuah lagi laporan yang mengejutkan.

Isnin lepas, akhbar itu melaporkan yang International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpengkalan di UAE dituduh bayaran sebanyak US$1.4 bilion dari 1MDB telah hilang.

1MDB memberikan maklum balas mengatakan yang laporan itu bias, disensasikan dan kekurangan bukti, akhbar itu juga berkemungkinan melanggar undang-undang Malaysia dengan merujuk kepada “transkrip proseding”, yang dikatakan hanya boleh dikeluarkan semasa sesi siasatan PAC mengenai 1MDB.
Salleh Keruak
Salah seorang pembela paling lantang kerajaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak bertindak balas kepada kejadian itu.

The Malaysian Insider melaporkan yang Salleh berkata bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan kepada akhbar itu, sekiranya laporan kehilangan bayaran US$1.4 bilion dari 1MDB didapati tidak benar.

Salleh berkata tindakan perlu diambil kepada mereka yang bertanggungjawab membocorkan maklumat, merujuk kepada kebimbangan 1MDB yang laporan itu berasaskan transkrip sesi soal siatan dengan PAC yang dibocorkan.

“Sudah pasti, saya akan mengarahkan SKMM untuk menyiasat dan mengambil tindakan bersesuaian,” tambahnya, menyifatkan laporan itu berniat jahat dan tidak adil.

Salleh juga berkata yang Putrajaya perlu menyiasat ahli-ahli PAC sekiranya mereka bertanggungjawab membocorkan maklumat tersebut.

Tindakan Salleh tidaklah mengejutkan.

Nampaknya inilah yang hanya boleh dilakukan pihak berkuasa, mengambil tindakan ke atas rakyat, penerbitan dan laman web yang menyiasat, mengkritik, menyuarakan kebimbangan dan mendedahkan sesuatu isu.

Pegawai akan dipecat, dipindahkan atau ditahan, laman sesawang disekat dan penerbitan digantung.

PAC dilumpuhkan melalui pelantikan beberapa ahlinya kepada menteri, dan pasukan tahap tertinggi yang menyiasat “derma” pula dibubarkan.

Masihkah perlu tertanya-tanya mengapa tokoh terkemuka anti rasuah menyatakan apa yang mereka katakana?

Juga tidak mengejutkan jika seseorang dalam PAC telah membocorkan maklumat kepada WSJ.

Memandangkan PAC telah dilumpuhkan, tidak hairanlah sekiranya whistle blower itu melihat tindakanya sebagai pilihan terakhir mendedahkan hasil siasatan selama ini.

Ini masih melanggar undang-undang, tetapi orang yang mendedahkan maklumat itu pasti merasakan dia mempunyai tanggungjawab moral dan akhirnya matlamat menghalalkan cara.

Apapun, apa yang akan dilakukan oleh SKMM mengenai kisah terbaru ini? Pertama, laporan itu perlu dibuktikan silap.

Siapa yang akan melakukan ini? Polis? SKMM? Adakah pasukan tugas khas baru akan dibentuk?

Siasatan ke atas laporan sebelum ini pun belum disiapkan. Adakah pihak berkuasa dan 1MDB akan menyaman WSJ untuk membuktikan dakwaan akhbar itu tidak berasas?

Mungkin pihak berkuasa patut menghantar satu lagi surat meminta penjelasan dari akhbar itu, sebelum mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan undang-undang.

Berbalik kepada SKMM, apakah yang boleh dilakukannya? Apakah “tindakan yang perlu”, Salleh?

Setakat ini kita hanya melihat SKMM hanya mampu menyekat laman sesawang seperti Sarawak Report dan Bersih 4.

Adakah SKMM akan menyekat WSJ?

WSJ bukan laman sesawang whistle blower. Ia adalah akhbar yang dihormati di seluruh dunia.

Menyekatnya hanya menambah keraguan bahawa pihak berkuasa tidak ikhlas dalam menyiasat tuduhan yang dikemukannya.

Tambahan pula, terdapat banyak cara untuk mengatasi sekatan laman sesawang sekarang.

Salleh, kementeriannya dan SKMM sepatutnya menumpukan perhatian kepada laman sesawang yang merbahaya dan media sosial yang menyokong keganasan, mempromosikan perkhidmatan pelacuran dan penyeludupan haiwan liar.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di robinstanley@hckmedia.com

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Betulkah-SKMM-hendak-mengambil-tindakan-kepada-Wall-Street-Journal#sthash.mvx8KwTR.dpuf

Saturday, September 5, 2015

Dua Bulan Berlalu, Apa Dah Jadi Dengan Saman Najib Terhadap WSJ?

SUARAKAMI 17:40 BLOGGER

Status saman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terhadap akhbar Wall Street Journal menjadi tanda tanya selepas dua bulan.

Tanpa sebarang perkembangan lanjut mengenainya, tumpuan cuba dialih kepada individu yang menderma dana berjumlah RM2.6 bilion.

Dalam entrinya, penulis blog apanama berpandangan isu itu telah ‘digelapkan’.

“Apa yang kita dengar sekarang pula ialah tentang derma dan dermawan tidak beridentiti dari Timur Tengah.

“Dua bulan telah berlalu. Ahli serta pemimpin-pemimpin UMNO sudah celik atau masih buta kayu?,” soalnya.

Menerusi blog apanama.my beliau berkata pemimpin dan bangsawan UMNO pro Najib cuba mengalih isu tersebut dengan membuat serangan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan mendakwa bekas Perdana Menteri itu telah terpesong dari perjuangan sebenar UMNO apabila menyertai Bersih 4.0.

“Jika tindakan Dr Mahathir itu amat serius diluar batasan dan harus dikritik, apakah perbuatan bangsat seperti mencuri, berbohong, dan khianat itu perjuangan Umno yang sebenar dan harus disokong?


DUA BULAN sudah berlalu sejak akhbar The Wall Street Journal mendedahkan skandal dana bernilai lebih kurang RM2.6 billion didalam akaun peribadi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Ketika skandal yang amat memalukan kita dimata dunia ini terbongkar ramai yang melompat seperti kera yang terkena belacan, berteriak kepada umum bahawa laporan dana DUA RIBU ENAM RATUS JUTA RINGGIT dalam akaun peribadi Najib adalah fitnah.

Najib sendiri, mungkin kerana terkejut dan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan diri pada ketika itu, berbohong kepada rakyat dalam satu tampalan di Facebook dimana beliau menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab keatas 'fitnah terhadap beliau dan keluarga'

Ekoran penafian itu Najib telah berikrar akan mengambil tindakan undang-undang didalam dan diluar negara terhadap fitnah berniat jahat yang didalangi pihak yang bertujuan memaksa beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

DUA BULAN sudah berlalu. Akhbar The Wall Street Journal telah berulang-kali mempertahankan pendirian mereka bahawa laporan 'Dana RM2.6 Billion dalam akaun peribadi Najib' adalah benar dan sahih. WSJ juga telah mencabar Najib agar menyaman mereka.

DUA BULAN sudah berlalu dan kini cerita Najib menyaman WSJ pun sudah tidak kedengaran lagi. Apa yang kita dengar sekarang pula ialah tentang derma dan dermawan tidak beridentiti dari Timur Tengah.

DUA BULAN telah berlalu. Ahli serta pemimpin-pemimpin Umno sudah celik atau masih buta kayu?
Ada pemimpin bangsawan UMNO yang mengherdik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kononnya bekas presiden Umno itu telah terpesong dari perjuangan parti dan bertindak diluar batasan apabila hadir di tunjuk perasaan rakyat di Dataran Merdeka tempohari.

Thursday, August 20, 2015

Setelah terpedaya, kini giliran Pas 'MENGAJAR' NAJIB

Oleh Shahbudin Husin
Masihkah kita ingat apa antara kata-kata Najib Razak apabila mula didedahkan wang sejumlah RM2,600 juta mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian Pas melalui Mursyidul Amnya, Dr Haron Din turut tidak mempercayai dakwaan tersebut?

Berikut petikan berita Malaysiakini bertarikh 5 Julai 2015:-

Perdana Menteri Najib Razak melahirkan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai wang yang dipercayai daripada dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Dr Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata Perdana Menteri, beliau menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini yang mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itu pun kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Lihat...walaupun pada hakikatnya Najib tahu wang RM2,600 juta itu benar-benar sudah mengalir ke dalam akaun peribadinya, malah ketika itu akaun itu sudah pun ditutupnya dan wangnya dipindahkan entah ke mana, beliau tetap "berlakon" seolah-olah dirinya seorang yang suci bersih dan mangsa fitnah semata-mata.
Siap mengungkapkan "baeeek punya ayat", "kalau saya nak menyamun pun, takkan saya bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia."

Sekarang kalau tanya budak sekolah darjah tiga pun dia tahu siapa penyamun sebenarnya...

Dr Haron Din, seorang yang warak dan tinggi ilmu agama ternyata boleh terpedaya dengan "lakonan" Najib, malah siap mengucapkan terima kasih dan penghargaan lagi kepada Mursyidul Am Pas itu bagi menunjukkan kepada umum beliau seolah-olah tidak tergamak menerima kemasukan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya.

Najib melahirkan penghargaan itu berikutan kenyataan Dr Haron Din yang menyatakan tidak masuk akal dakwaan WSJ itu kerana berpendapat jika seseorang mahu melakulannya, ia tentunya melalui akaun rahsia dan bukannya akaun peribadi.

Presiden Pas Haji Hadi Awang pula, walaupun mengatakan Najib bukan malaikat tetapi turut meragui dakwaan terhadap Perdana Menteri itu sambil mengatakan, "kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita tentang."
Setelah terbukti wang tersebut benar-benar masuk ke dalam akaun peribadi Najib, walaupun berubah-ubah penjelasannya daripada dana politik, selepas itu sebagai derma dan kemudian kononnya sebagai tanda penghargaan kepada Malaysia untuk memerangi IS, meskipun pada Mac 2013 ketika wang disalurkan, daulah Islamiah itu belum wujud lagi, hakikatnya Najib sudah terperangkap dalam tindakan paling tidak bermoral sekali sebagai pemimpin.

Apa pun hujah dan alasannya, tidak masuk akal ada seseorang sanggup menderma atau bersedekah dengan jumlah yang sebegitu besar, bak kata Tun Mahathir Mohamad, ia adalah "bullshit".

Apatah lagi, siasatan yang pada mulanya dijalankan untuk mencari kebenaran mengenai wang itu oleh pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan juga digagalkan melalui pembubaran pasukan petugas khas, pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara dan kacau ganggu termasuk serbuan dan rampasan fail, dokumen serta komputer riba terhadap SPRM.

Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal yang banyak bertanya mengenai wang itu pula dipecat daripada kabinet.

Najib kemudian "berlakon" lagi dengan mengumumkan penubuhan jawatankuasa pembiayaan dana politik untuk memantau sumbangan yang diterima oleh parti-parti politik.

Sekali lagi...di sebalik gagal menjelaskan dengan jujur, berterus terang dan atas nama Tuhan mengenai wang RM2,600 juta, Najib tetap mahu mempamerkan dirinya seperti kain putih di depan umum di mana dana politik, derma atau sebagainya mesti dipantau pengalirannya.

Meskipun Pas, terutamanya Haji Hadi dan Dr Haron Din, terlihat ingin bertolerasi dan bersangka baik dengan Najib, isu wang RM2,600 juta ini seharusnya menyedarkan Pas hakikat yang sebenarnya.

Pas harus segera meletakkan titik noktahnya terhadap Najib demi menyelamatkan masa depan negara ini dengan turut sama menyokong jika ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri mahu dibentangkan di Parlimen.

Sekadar Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mustapha Ali memperakukan sokongan parti itu terhadap undi tidak percaya masih belum memadai sebenarnya. Haji Hadi sebagai Presiden dan Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am harus tegas menyatakan pendirian rasmi Pas untuk menyokong usul tersebut.
Sokongan tersebut bukan saja untuk menyelamatkan negara ini daripada kerakusan seterusnya yang mungkin lebih dahsyat daripada wang RM2,600 juta, tetapi juga sebagai "mengajar" Najib kerana tindakannya "memperperdaya" dan "berlakon suci bersih" terhadap golongan ulama.

Menyokong usul di Parlimen dan memastikan Najib tersingkir sekurang-kurangnya dapat mengembalikan maruah serta harga diri kedua-dua pimpinan utama Pas itu yang selama ini mungkin "tersilau" dan "terpedaya" tanpa disangka.

Tambahan lagi, ia juga bertepatan dengan kata-kata Haji Hadi sendiri yang mengikut asas Islam, "yang baik disokong, yang tak baik ditentang." - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=318022:setelah-terpedaya-kini-giliran-pas-mengajar-najib&Itemid=2#ixzz3jK7Syaxv
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-