George Town – Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan pada Selasa mencabar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk bertanding dalam pemilihan DAP peringkat negeri yang dijadual Ahad ini.
Huan berkata Lim perlu berani bertanding dalam pemilihan itu bagi membuktikan beliau mendapat sokongan padu daripada anggota DAP di negeri ini, selain menunjukkan lantikannya sebagai ketua menteri dibuat secara sah.
“Dia kena tanding dalam pemilihan DAP peringkat negeri kali ini kerana sehingga kini dia pun tak pernah bertanding dalam pemilihan DAP Pulau Pinang. Dia perlu buktikan dia adalah ‘harimau’ DAP dan mempunyai sokongan parti itu di Pulau Pinang.
“Ia belum terbukti setakat ini. Dia kena tandinglah…bertanding dan kemudiannya menang baru ada mandat, sekarang dia mana ada mandat sebab dia tak bertanding…yang bertanding adalah (pengerusi DAP negeri) Chow Kon Yeow,” katanya pada sidang media di sini Selasa.
Lim juga tidak bertanding dalam pemilihan DAP negeri pada 2013 yang menyaksikan Chow dilantik sebagai Pengerusi DAP negeri selepas mendapat undian tertinggi sebanyak 621 daripada 661 undi.
Huan berkata Lim seharusnya merebut peluang bertanding dalam pemilihan kali ini bagi memulihkan imej dan kredibilitinya yang semakin merosot.
Mengambil contoh pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 2012, beliau berkata Lim mendapat 1,576 undi dan undiannya merosot dalam pemilihan semula CEC pada 2013 dengan hanya memperoleh 1,304 undi, iaitu undian kelima tertinggi.
“Bagaimana anda boleh dapat undian kelima tertinggi kemudian dipilih menjadi setiausaha agung. Sepatutnya mereka yang berada dalam tiga undian teratas yang dipilih menjadi setiausaha agung.
“Dia patut bertanding dan menjadi Ketua Menteri yang sah yang bukan sahaja mendapat sokongan rakyat tapi daripada DAP. Sokongan DAP terhadapnya sekarang tengah merosot kalau kita ikut kepada pemilihan semula CEC yang lepas,” katanya.
Mengulas tindakan lima anggota Dewan Undangan Negeri PKR yang berkecuali sewaktu undian terhadap usul wakil rakyat Barisan Nasional dalam isu tebus guna tanah di Dewan Undangan Negeri Jumaat lepas, Huan berkata ia menunjukkan wakil rakyat berkenaan mengutamakan kepentingan rakyat daripada politik, lapor Bernama.
Read more http://www.kualalumpurpost.net/guan-eng-dicabar-tanding-dap-pulau-pinang/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.