Thursday, January 21, 2016
Najib akui RM42 juta daripada SRC masuk akaun pribadi
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengakui dalam plidingnya, RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya, tetapi menambah beliau tidak mengetahui ia disalurkan melalui 2 pengantara.
Kenyataan bertulis yang ditunjukkan kepada The Malaysian Insider itu, adalah jawapan kepada pembelaan Tun Dr Ling Liong Sik bagi saman fitnah yang difailkan Najib pada Oktober lalu terhadap bekas presiden MCA itu.
Dr Ling berkata, perdana menteri tidak layak memimpin Malaysia selepas menerima sumbangan RM2.6 bilion daripada seorang penderma di Timur Tengah dan sejumlah RM42 juta daripada firma milik Kementerian Kewangan itu, yang merupakan bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib mengakui dalam plidingnya, RM42 juta daripada SRC International dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya tetapi berkata beliau tidak tahu wang itu disalurkan melalui 2 pengantara seperti didakwa Dr Ling.
Kedua-dua pengantara yang dirujuk adalah Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
“Oleh itu, defendan (Dr Ling) perlu membuktikannya,” kata Najib dalam kenyataan itu yang difailkan pada 12 Januari melalui firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aishah Mubarak.
Dr Ling dalam pembelaannya sebelum ini berkata, laman web pemberi maklumat iaitu Sarawak Report dan The Wall Street Journal melaporkan pada 2 Julai tahun lepas, wang RM2.6 bilion dan satu lagi transaksi (RM42 juta) dipindahkan melalui AmPrivate Banking menerusi Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana.
Perdana menteri berkata kes itu sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan beliau tidak mahu mengatasi agensi anti rasuah itu.
Najib berkata beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada agensi yang menjalankan siasatan secara bebas dan telus.
“Plaintif (Najib) mempunyai hak menangani isu ini (jika perlu) selepas siasatan selesai,” katanya.
Sarawak Report mendakwa RM2.6 bilion dipindahkan sebelum pilihan raya umum 2013 adalah hanya sebahagian daripada sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun AmBank sama dalam tempoh itu selepas 2011.
SPRM mengesahkan RM2.6 bilion itu sumbangan politik daripada individu tidak dinamakan dari Timur Tengah.
Najib enggan mengulas mengenai RM42 juta daripada SRC tetapi berulang kali menafikan menyalah guna wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan sebaliknya menuduh pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkannya.
Dr Ling berkata, presiden Umno itu gagal mendedahkan identiti penderma, sumber dana dan bagaimana ia digunakan.
Bekas presiden MCA itu juga berkata, tidak ada sebab yang sah mengapa SRC menyalurkan RM42 juta ke dalam akaun peribadi Najib dan mengapa beliau secara peribadi menerima sejumlah wang yang amat besar.
Beliau berkata walaupun Najib pada 8 Disember tahun lepas mengaku menerima wang itu sebagai derma, beliau tidak menyalurkan wang itu ke dalam akaun Umno.
Dalam saman balas yang difailkan pada bulan lalu, Dr Ling mendakwa Najib menyalahgunakan proses mahkamah dan tidak mengambil tindakan saman fitnah terhadap orang lain, termasuk pemimpin Umno yang berkali-kali mengkritik tingkah laku dan integriti beliau.
Sehubungan itu, Dr Ling berkata Najib mewujudkan persepsi masyarakat yang pemindahan wang itu bukan untuk tujuan sah dan beliau tidak jujur dan telus.
Pengurusan kes akan datang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur John Louis O’Hara ditetapkan pada 18 Februari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.