KALAU ikutkan pengajaran dari kekalahan teruk pembangkang dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar bulan lepas. formula terbaik untuk pembangkang mengelak dari malu besar dalam PRU14, adalah dengan membawa semula PAS masuk dalam pakatan pembangkang dan membubarkan PAN.
Memang itu jalan terbaik, tengok berapa undi PAS dapat, berapa undi PAN (sebut DAP) dapat pun sudah membuktikan apa yang penulis cakapkan ni memang betul. Sebab itu sebaik kalah, DAP Perak bercakap tentang berbincang balik dengan PAS dan terbaru PAS menawarkan gencatan senjata dengan DAP.
Walaupun tawaran gencatan senjata tu tak tahan 24 jam pun, tapi penawaran itu sendiri membuktikan puak-puak ini tahu apa yang penulis cakapkan ni memang betul.
Tapi kenapa disebalik berbuat demikian, parti-parti pembangkang memilih untuk bekerjasama dengan parti baru yang bakal ditubuhkan Mahathir? Pakat yang ada sekarang pun macam retak menanti belah, nak tambah berbelah lagi dengan bawa masuk parti baru Mahathir?
Ini baru cerita kedudukan parti-parti pembangkang bila bergabung dengan parti Mahathir, belum cerita penerimaan rakyat terhadap parti yang mereka tahu hanya menjadi boneka orang tua tu lagi. Kalau masuk bab ini, peluang dari tipis, menjadi kepada tidak ada langsung.
Bercakap tentang itu, penubuhan parti baru ini mengesahkan apa yang orang cakap selama ini bahawa Mahathir menentang Datuk Seri Najib Tun Razak bukan kerana rakyat tapi untuk menggantikan beliau dengan anaknya sendiri – senang dan dengar cakap. Mahathir tahu anaknya tak akan bertahan sehari pun dalam parti pembangkang, apa lagi nak pegang jawatan tinggi.
Tak pegang jawatan tinggi dalam parti, macam mana nak jadi Perdana Menteri? Itu yang tubuh parti baru tu. Takkan itupun susah nak baca kot?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.