Thursday, November 30, 2017
PRU14: Tiga penjuru menguntungkan PAS
Oleh Wartawan BO
Oleh : KAM
KEMAMAN – Pertandingan tiga penjuru atau lebih pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, akan datang tidak menjejaskan PAS malah menguntungkan parti itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Hanafiah Mat berkata sokongan pengundi PAS pada PRU13 lalu masih kekal meski pun dengan kehadiran Parti Amanah Negara (PAN).
Menurutnya, rakyat di peringkat bawahan akar umbi masih menaruh keyakinan besar kepada PAS termasuk di kalangan pengundi Tionghua di DUN Chukai.
“Sekarang ini, jika berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih dengan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kita (PAS) sangat mengalu-alukanlah.
“Kita yakin, sebahagian ahli Umno akan memberi undi mereka kepada parti serpihan Umno iaitu Bersatu. Undi PAS pada PRU13 lalu pula, tidak akan terusik atau ‘lari’ dengan kehadiran Parti Amanah Negara (PAN).
“Ini kerana, setakat yang kita temui rakyat di peringkat bawahan ini mereka (pengundi) masih menaruh keyakinan yang besar kepada PAS. Begitu juga dengan orang Tionghua,” ujarnya ketika ditemui pada Ahad, 26 November lalu.
Oleh kerana, kata Hanafiah di Dun Chukai yang diwakilinya mempunyai ramai orang Cina, hubungan baik itu memberi sedikit kelebihan kepadanya.
“Mereka (pengundi Cina) ini apabila telah mempercayai kepada seseorang, dia akan terus memberi kepercayaan itu dan saya yakin, pengundi Cina akan terus memberi undi kepada saya berlandaskan hubungan baik antara kami dan beberapa program dengan mereka.
“Saya mengalu-alukan pertandingan tiga penjuru dan jika dengan penyertai parti PAN lagilah tidak ada masalah. Di Dun Chukai, PAN tidak ada cawangan dan keahlian,” jelasnya selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Terengganu.
Selain itu, kata beliau, penolakan rakyat terhadap parti pemerintah Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin ketara sekaligus mengubah persepsi para pengundinya.
“Di Kemaman, perbalahan dalaman parti itu sangat kuat antara dua kem (Ahmad Razif-Ahmad Said) dan menyebabkan rakyat ‘fed up’ (bosan) dan mereka (pengundi) beranggapan lebih baik pada pilihan raya kali ini diserahkan semula pemerintahan Terengganu kepada PAS sebagai kerajaan yang baharu.
“Ketika pemerintahan PAS tahun 1999-2004 lalu, mereka (rakyat) mendapat pelbagai ‘habuan’ duit ehsan. Jadi apa salah kali ini jika diberi mandat kepada PAS, mungkin akan mendapat lebih lagi duit ehsan itu atau apa-apa pemberian dari kerajaan pusat.
“Jika kena perkiraannya, tidak mustahil keempat-empat Dun boleh kita (PAS) menanginya pada PRU14, nanti,” tegasnya.
Menurutnya, segala permasalahan itu telah mengubah persepsi orang Kemaman untuk mengubah kerajaan Umno-BN sedia ada kepada kerajaan baharu PAS.
Pada PRU13 lalu, pengundi di Dun Chukai seramai 26,715 orang yang terdiri dari kaum Melayu sebanyak 97.32 peratus, Cina (13.98) peratus dan India hanya satu peratus.
Manakala, calon PAS, Hanafiah Mat berjaya memperolehi sebanyak 12,457 undi, calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid mendapat 10,011 undi dengan majoriti PAS berjumlah 2,446 undi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Hari penamaan calun sudah ditetapkan pade 23hb. Okt, 2013. Tempoh mase untuk berkempen bagi parti2 yang akan terlibat dalam pertandi...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.